Tak Jadi

Kelmarin (1 September 2009) SPR telah membuat keputusan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kekal kepada wakil BN. Tidak akan ada pilihanraya. Alasan dari pengerusi SPR ialah dalam mesyuarat SPR telah membuat keputusan sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

Tambahnya lagi, "Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal."

Jadi harapan orang Kota Siputeh untuk menerima lawatan menteri tak jadi. Kalau tidak ni, bolehlah rumah mereka dilawati oleh para menteri. Mereka akan mendengar banyak janji dan tempat mereka akan menerima pembangunan segera. Ada peluang menteri tidur dan lihat masalah mereka. Tapi sekarang harapan itu sudah terlepas. tak dak la peluang jadi DUN "anak angkat" dan "anak emas" kerajaan pusat.

Mungkin juga peluang stesen minyak yang ada dikawasan itu dan berhampiran seperti caltex dan Petronas di Kodiang, BHP di Padang Sera, mungkin juga Shell di Kerpan, Shell di Simpang Empat Perlis serta Petronas dan Shell di Arau untuk mendapat rezeki tambahan semasa pilihanraya nanti. La ni tak jadilah.

Tak kesampaianlah harapan nobisha nak perkenal pasembor Kodiang kepada seluruh negara tak jadi. Pasembor Kodiang hanya untuk orang utara sahajalah begitu. Tak jadi pilihanraya ini tentu orang tak kisah tentang pekan tersebut.

Implikasi undang-undang pasti akan dilihat oleh penggubal undang-undang. Adakah ia jalan yang betul atau telahan SPR salah? Segalanya akan dilihat kerana dikhabarkan Speaker DUN akan lihat dan mungkin akan ambil tindakan. Sama-samalah kita lihat.

Walaubagaimanapun, semua pihak harus bertindak secara jujur dan profesional agar slogan "pencapaian diutamakan" akan tercapai. Kalau tidak hanya sekadar slogan sahajalah.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR