Siapakah Yang Terpilih?

Hari ini, parti-parti utama yang akan bertanding di Bagan Pinang dijangka akan mengumumkan nama calon pilihan mereka. Siapakah yang akan terpilih nanti?

Bagi BN, calon pilihan ramai ialah Tan Sri Isa Samad. Beliau merupakan Ketua Bahagian Teluk Kemang dikatakan calon utama pihak UMNO yang akan mewakili BN. Walaupun begitu, mantan PM Che Det tidak setuju Isa menjadi calon di sana. Beliau meminta BN mencari calon lain.

Bagi PAS yang akan mewakili Pakatan, calonnya juga akan diumumkan hari ini. Siapakah nanti yang akan tercalon? Antara cakap umum ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan. Begitu juga calon 2008 yang juga merupakan Yang diPertua Pas Kawasan Teluk Kemang.

Sesiapa sahaja yang terpilih, mereka pasti menjadi harapan parti masing-masing.

Adakah akan timbul calon Bebas dalam PRK ini? Permatang Pasir dan Manik Urai menyaksikan calon Bebas merehatkan diri selepas kecundang dan hilang wang pertaruhan dalam PRK sebelum itu.

Sama-sama kita nantikan pengumuman dari parti-parti yang terlibat.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR