Perkasa Pakatan?

Selama lebih kurang 18 bulan kerajaan pakatan mentadbir beberapa negeri, mereka dilihat sering bertelagah. Itulah peranan yang berjaya dimainkan oleh media arus perdana.

Kini serangan ditujukan kepada Dato Dr Hassan Ali. Ia seolah-olah diserang oleh rakan dan musuh. Ini menunjukkan seolah-olah kerajaan dan Pakatan sedang bergolak.

Kenapa berita ini menjadi sensasi? Selepas berjaya di Perak, kini pihak BN cuba untuk memecahbelahkan kesatuan ini di negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan. Selangor dan Kedah nampaknya diserang.

Selepas Kedah dengan keluarnya seorang EXCO, kini Selangor pula dipancing dengan masalah. Kerjasama dalam Pakatan bukan bererti semua pihak terpaksa menutup mulut apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya.

Semua pihak perlu diberikan kebebasan untuk menyatakan pendapat.

Pakatan perlu dimantapkan kerana BN sudah kehilangan penyokong serta banyak masalah sesama mereka.

Bagaimana hendak memantapkan Pakatan? Satu persidangan atau konvensyen Pakatan perlu diadakan untuk mencari titik persamaan, bukan mencari perbezaan. Perbezaan jelas kerana ketiga-tiga parti dalam Pakatan mempunyai prinsip dan asas perjuangan yang berbeza. Carilah persamaan.

Rakyat sudah jelaskan mahukan Pakatan dan mereka akan menolak BN. Pas perlu tegas dengan perjuangan Islam yang dibawanya agar dihormati oleh rakyat. Mereka perlukan parti yang tegas dalam prinsip perjuangan.

Selamat untuk semua. Jangan gentar melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Jadikan BN sebagai bahan sejarah.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR