Merdeka


Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52.

Kita sudah membebaskan dari dari penjajah selama 52. Itulah yang sering diucapkan oleh sesiapa yang diwawancarakan oleh mana-mana media.

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah diberikan kemerdekaan oleh British. Saya merasakan semua rakyatnya ketika itu gembira kerana telah bebas dari penjajah.

Kemudian, Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Sabah, sarawak dan Singapura dan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Selepas itu Singapura membebaskan diri dari Malaysia.

Itulah gambaran awal sehingga kini bagaimana negara tercinta ini dibentuk. Kita telah membentuk satu semangat untuk bersatu ketika merdeka dahulu.

Negara ini dibina dengan semangat bersatu, oleh itu UMNO, MCA dan MIC bersatu dalam Perikatan. Parti lain juga bersama untuk menuntut kemerdekaan, mungkin tuntutan berbeza. Walaubagaimanapun semua rakyat gembira dengan kemerdekaan yang dikecapi.

Sekarang kita telah membentuk negara ini, dengan memilih Perikatan/BN memerintah selama ini. Sekarang mungkin rakyat cuba untuk mengalihkan sokongan mereka dari parti berkenaan.

Kemenagan Pakatan Rakyat dalam kesemua PRK sebelum ini mungkin penunjuk awal bahawa mereka inginkan perubahan dalam pilihanraya umum nanti.

Selamat Menyambut kemerdekaan ke-52 untuk seluruh rakyat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR