Lepas Raya, Pilihanraya

keputusan PRU ke 12 2008

Nampaknya PRK dinegara ini tidak pernah lekang dalam diari hidup masyarakat kita. Kita ia bergerak ke selatan selepas Pantai Timur, Utara dan Sarawak merasainya. PRK ini tentu menarik kerana ia adalah kubu kuat BN dengan adanya undi pos. Selalunya BN menang dengan undi pos.

SPR telah tetapkan pengundian pada hari Ahad, tidak seperti kebiasaannya yang amat diminati oleh mereka iaitu Selasa. Diharapkan pengundian akan berlaku dengan jumlah pengundi yang lebih ramai. Jika PRU12 ada 81 peratus yang mengundi, diharapkan jumlah pengundi akan lebih banyak kali ini.

Kita juga mengharapkan SPR benar-benar menjadi pengantara yang adil kepada parti yang bertanding, jangan dilihat berat sebelah.

Semoga PRK dalam suasana Aidil Fitri akan menjadikan pilihanraya ini sebagai medan pengukur kerjasama rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka. Mereka mahukan suasana yang aman dalam pesta pilihanraya kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR