Kenapa Begini, Apa Salahnya.....

Pagi tadi ketika sampai di masjid berdekatan dengan rumah saya untuk solat Subuh, Tok Imam masjid menunjukkan bahawa kunci pintu besi masjid telah dipotong oleh seseorang. Ini kejadian kesekian kalinya berlaku dimasjid berkenaan.

Sebelum ini, kecurian "pc system" masjid, kecurian beberapa buah motosikal ketika sedang solat, kecurian di dalam masjid ketika bersolat dan sebagainya.

Persoalan yang timbul dalam pemikiran saya ialah, siapakah yang mencuri tanpa mengira tempat? Masjid sebagai tempat ibadah amat dihormati. Kenapakah kejadian kecurian boleh berlaku di masjid?

Jikalau sebelum ini, selalunya yang hilang adalah selipar, tetapi kini sehingga kepada motosikal dan sebagainya. Adakah kehidupan rakyat negara ini begitu mendesak sehingga sanggup mencuri di dalam masjid?

Ketika masih dalam suasana Aidil Fitri, banyak sumbangan yang diberikan kepada orang susah, masih lagi berlaku kejadian kecurian. Adakah yang terlepas pandang atau memang mereka ini menantikan selepas ramadan untuk memulakan aktiviti tidak sihat mereka?

Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang Islam adalah perlu. Perlaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat serta pendekatan mendidik rakyat kepada pendidikan agama adalah amat perlu kini. Rakyat semakin hanyut dari kehidupan agama mereka.

Marilah sama-sama kita berfikir dan bertindak ke arah kebaikan umat.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR