Monday, September 28, 2009

Jumpa balik

Selamat berjumpa kembali.

Selama lebih dari seminggu, cuti raya, tidak sempat belek komputer.

Selama seminggu bersiap untuk hari raya, berjalan ke rumah saudara, pergi program rumah terbuka, ada kenduri kahwin dan berehat di rumah menerima tetamu. Sempat juga jumpa rakan yang terpisah sejak tahun 1985 dahulu, lebih kurang 24tahun tu, masih segak seperti dahulu. Pergi rumah kenduri kahwin, tetapi ada yang silap hari, tentu jadi haru. Itulah asam garam kehidupan.

Hari ini kembali bertugas, selepas masuk kelas, saya buka komputer dan menulis kembali sebagai pembuka kata selepas cuti.

Selamat untuk semua dan rakyat Malaysia akan melihat ke Bagan Pinang untuk melihat perhatian yang lebih yang diberikan oleh semua pihak ke sana.

Yang belum buat rumah terbuka, pasti akan merancangnya kerana masih ada masa hingga habis bulan Syawal ini. Bagi yang belum puasa sunat juga masih ada masa. marilah kita mencari seolah-oleh kita puasa sepanjang tahun dengan berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal ini.

Kehidupan mesti diteruskan.

No comments:

Post a Comment