Aku Perhati .......


PERTAMA: Aku tengok tren la ni menteri dan timbalan menteri dilantik dari kalangan yang tak menang dan tak masuk pilihanraya. Yang terbaru Idris Jala. Sebelum ni dan ramai, Shahrizat Jalil, Jamil Khir Baharum, Raja Nong Chik, Mashitah Ibrahim, Awang Adek Hussin, Koh Tsu Koon dan beberapa orang lagi.

Adakah dikalangan yang menang pilihanraya tak mampu atau tak boleh buat kerja. Kalau macam tu lebih baik tak payah pilih wakil rakyatlah. Pilih senator sahaja jadi menteri.

Rakyat memilih pemimpin mereka dalam pilihanraya tetapi hanya melihat pemimpin mereka hanya sekadar bercakap dalam parlimen sahaja.

PM, adakah anda tidak percaya dengan wakil rakyat BN yang telah dipilih rakyat?

KEDUA: Pilihanraya di Jepun telah menunjukkan bahawa kuasa LDP selama 54 tahun telah ditamatkan. Rakyat Jepun telah menunjukkan kemarahan dengan tidak mengundi LDP, mereka memilih DPJ.

Di negara kita, Malaysia juga parti perikatan (kemudian BN) juga telah memerintah selama 54 tahun (mulai pilihanraya 1955). Kebanyakkan mereka menganggap teori RAHMAN sebagai pengatur kepada pemimpin negara ini. R- Rahman, A- Abdul Razak, H- Hussein, M- Mahathir, A- Abdullah, N- Najib.

Kalau diikutkan tu dah habislah aturan untuk jadi PM tu. Kalau ditambah RAHMAN AL HAJ, lepas ni A pulak, Abdul Hadi atau Anwar kot.

Mungkinkah pemimpin negara ini juga akan beralih dari parti BN selepas ini, dalam PRU13 nanti?

KETIGA: Puasa tahun ini, alhamdulillah, setakat hari kelmarin belumlah lagi kaki ini menjejaki pasar Ramadan untuk mencari juadah berbuka. (Lepas ni tak tau lagi).

Rasanya betul menjimatkan belanja, makan apa yang ada sudah cukup.

Makan sedikit ketika berbuka sudah cukup kenyang. Yang lebih tentu membazirkan wang.

Walaubagaimanapun, bulan ini memberikan rezeki yang lebih kepada peniaga kita.

Itulah rasanya yang aku dok perhatikan, nak tulis banyak pun tak dak idea dah.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR