10 Yang Akhir

Hari-hari dalam bulan Ramadan ini berlalu begitu pantas, tanpa disedari kini sudah melewati 20 hari umat Islam berpuasa.

Sekarang kita berada sepuluh hari yang terakhir, yang dijanji dilepaskan dari api neraka. Umat Islam digalakkan bersungguh-sungguh beribadat di 10 malam yang terakhir ini. Moga-moga kita akan mendapat nikmat dari Allah s.w.t. Ada malam Lailatul Qadar yang pahalanya melebihi 1000 bulan. kebanyakan ilmuan Islam berpendapat bahawa Malam yang mulia ini berada di 10 malam yang akhir dalam bulam Ramadan ini.

Digalakkan beribadat di malam yang akhir dalam bulam Ramadan ini. Kita semua mestilah berazam untuk menghidupkan malam-malam akhir Ramadan. Azam yang kuat disertai dengan kesungguhan, maka kita dapat memenuhi malam-malam akhir dalam bulan Ramadan ini dengan ibadat kepada-Nya.

Jadi marilah kita semua berazam memenuhkan ibadah dan berdoa kepada Allah supaya kita dilepaskan dari azab neraka. Azab neraka amat menakutkan.

Selamat memenuhkan malam 10 yang akhir ini dengan ibadat, semoga kita akan berjumpa dengan Ramadan lagi tahun hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR