Tolong Fikir Sat

Baca disini dan saya juga ada menulis disini.

Penulis ingin menyebutkan, bahawa kita nampak ramai orang tidak ke masjid bukan sahaja kerana masjid tidak mesra pelanggan, tetapi peraturannya.

Saya juga terkejut apabila pernah melihat ada kenyataan di masjid yang melarang jemaah tabligh tidur dan mengadakan aktiviti di dalamnya. Kita tidak tahu apa alasannya.

Masjid berhampiran dengan rumah penulis sering menerima kunjungan kumpulan tabligh. Kita dapat melihat bahawa masjid yang berkenaan dapat diimarahkan dengan bilangan jamaah yang ramai ketika waktu solat. Jika tidak, hanya bilangan yang biasa dan boleh dibilang dengan jari.

Masjid perlu dikembalikan peranannya. Peraturannya harus dapat menarik jamaah memenuhinya sepanjang masa. Tambahkan aktiviti didalamnya.

Biar ia dilihat sebagai pusat sehenti umat Islam dan memudahkan musafir.

Jangan kita biarkan masjid kosong dengan peraturan yang menyekat orang ke masjid.

Comments

  1. Aktiviti masjid bergantung kepada AJK kariah masjid tersebut. Kalau pilih ajk jumud jadi jumudlah masjid itu. Duit banyak tapi tak reti nak mengimarahkannya. Anak kariah kena ajar AJK yang tak reti tu dengan ganti orang lain. Ingatkan AJK bahawa kalau mereka menghalang aktivit masjid, sudah diberi amaran oleh Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR