Yang Mana satu?


Lusa 31 Mei pengundi DUN Penanti akan memilih wakil mereka ke DUN Pulau Pinang. Siapa pilihan pengundi DUN berkenaan? Calon PKR atau 3 wakil bebas? Sama-sama kita lihat nanti.

Selepas itu, 4 Jun Muktamar tiga Dewan Pas akan membuat pilihan. Dewan Pemuda dan Ulama telah menentukan kepimpinan tertinggi mereka.

Yang menjadi perhatian pasti pemilihan Dewan Muslimat. Ini kerana akan berlaku pertandingan ketua dan timbalan ketua dalam dewan berkenaan.

Selepas itu, 5 Jun, Muktamar Pas Pusat kali ke 55 akan menentukan pilihan mereka. Siapakah timbalan dan naib-naib presiden partitersebut? Semoga semua akan berjalan lancar.

Walaupun siapa yang terpilih, semuanya pasti akan melaksanakan tugas untuk memartabatkan perjuangan Islam parti tersebut.

Pemilihan manakah yang menjadi perhatian rakyat Malaysia pada minggu ini? Penanti atau Muktamar Pas nanti?

Akhbar perdana akan cuba terus mengambarkan pergolakkan yang besar dalam Pas, atas pemilihan tahun ini. Perwakilan Pas sudah tentu akan bijak memilih pemimpin mereka.

Semua rakyat Malaysia akan menanti, kerana mereka tetap yakin bahawa Pas akan memimpin Malaysia satu hari nanti. Mereka menanti kepimpinan Malaysia pada masa depan.

Selamat membuat pilihan untuk semua perwakilan. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan ketenangan semasa membuat pilihan nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR