Ubah UMNO

Semasa menyambut ulangtahun ke 63 UMNO, tiba-tiba PM mendapati bahawa tindakannya dalam menangani masalah di Perak bermasalah apabila MB yang dicadangkannya adalah tidak sah. Tentu keputusan mahkamah semalam memeningkan lagi kepala PM baru Malaysia itu.

Siapakah yang menasihatinya untuk bertindak demikian?

Semasa berucap dalam sambutan 63 tahun UMNO, Presiden UMNO itu berkata. “UMNO tiada pilihan, kalau ingin menjadi parti relevan, parti yang teras pada pemerintahan, UMNO mesti merupakan parti berani buat perubahan, menerajui pembaharuan, berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju baru bagi negara kita secara keseluruhan.

“Kalaulah kita berada di kelok pembaharuan selama ini, kalaulah kita adalah parti yang menerajui perubahan, mengapa kita tidak sekali lagi bangkit dan muncul sebagai parti yang berani membuat perubahan.

“Saya yakin, walau pahit sekali pun pengalaman kita selama ini, walaupun kita berada di dalam keadaan getir, tetapi jika sanggup belajar daripada pengalaman waima pahit dan getir, kita jadikan itu sebagai ingatan dan sanggup lakukan perubahan besar, insya-Allah kita boleh bangkit menjadi parti lebih kuat, subur dan berjaya lagi,’’ katanya.

“Saya mengajukan perubahan kerana mana-mana parti yang tidak berani buat perubahan, walaupun parti itu banyak jasa, akhirnya jasa itu akan tinggal dalam lipatan sejarah,” katanya lagi.

Demikianlah pandangan daripada Presiden UMNO yang sudah melihat bahawa UMNO sudah tidak releven lagi dengan suasana hari ini.

Oleh itu, marilah bersama kita ubah UMNO, menjadi sejarah.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR