Tunggu Apa Lagi!

DS Najib menyebutkan hari ini bahawa BN tidak gentar menghadapi pilihanraya di Perak.

Jadi tunggu apa lagi? Jom sama-sama Pakatan dan BN serah kembali kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Jika kita sebut "Rakyat Bijak", mengapa kita takut untuk serah kembali kuasa kepada rakyat?

Rakyat tentu bijak, mereka yang mengalami pengalaman itu pasti akan memilih calon mereka dengan penuh tanggung jawab.

Jadi jangan kita mempermainkan rakyat, rakyat akan mempermainkan pemimpin pula.

Jika TIDAK GENTAR, tunggu apa lagi, Ayoh, serahkan kepada rakyat.

Diharapkan Duli Tuanku Sultan Perak akan memberikan peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka.

Walaupun saya bukan rakyat Perak, tetapi kita 1Malaysia.

Kita tidak mahu rakyat melihat pemimpin mereka berebut kuasa yang telah diberikan kepada yang berhak. Jangan rampas hak itu dari mereka, nanti pemimpin itu akan dikecewakan.

1Malaysia menantikan pilihan rakyat diutamakan.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR