Thursday, May 7, 2009

Teruknya... Macam Mafia



Hari ini kita dapat lihat, bagaimana satu persidangan DUN terpaksa menggunakan golongan tertentu untuk memaksa speaker DUN keluar dewan.

Inilah keadaan bagaimana seorang speaker yang dilantik secara sah oleh dewan itu sendiri tidak dihormati. Siapakah mereka yang berkenaan yang diberikan hak untuk mengangkut speaker begitu?

Bagaimanakah diharapkan golongan berkenaan menggubal undang-undang yang tidak dihormati oleh mereka sendiri?

Rakyat melihat segala yang berlaku dan pasti mereka dapat menilai segala keadaan yang berlaku.

Rakyat tidak boleh dibutakan dengan berita yang berat sebelah oleh pihak berkenaan.

No comments:

Post a Comment