Sikap Mulia

Sambil membelek blog tentang kisah Mahkamah rayuan hari ini, yang keputusannya akan diumumkan 3.30 petang esok; penulis terbaca tajuk yang menarik ini,"Bekas Tim. Presiden Pas Jadi Penyapu Sampah".

Ingatkan kerja di tepi jalan, atau di bangunan pencakar langit, rupa-rupanya mencuci Markas Tarbiyyah Pas di Taman Melewar.

Penulis rasa terharu kerana, beliau tidak kisah dengan kerja yang beliau lakukan. Penulis juga berdoa agar beliau diberikan kekuatan untuk terus dalam jemaah. Beliau amat lama dalam jemaah. Beliau dianggap pakar perlembagaan Pas. Tetapi beliau tidak kisah untuk membuat kerja yang berkenaan.

Bloger berkenaan nampaknya telah memberikan kesedaran kepada pejuang Pas, bahawa walaupun di mana kita dalam jemaah, tugas mesti diteruskan.

Selamat berjuang untuk semua. Diharapkan jangan ada rasa kecewa dalam meneruskan perjuangan ini.

Jangan kisah dimana kita berada tetapi, gerak kerja yang akan kita lakukan.

Selamat.......

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR