Samseng

Samseng Jalanan - inilah istilah baru yang dicadangkan untuk menggantikan istilah "mat rempit" yang digunakan bagi menunjukkan sikap tidak bersopan penunggang motosikal.

“Saya menyeru semua pihak termasuk media supaya tidak lagi menggunakan istilah mat rempit kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya,” Kata ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof. Bacaan penuh

Penulis merasakan penukaran istilah tidak akan memberikan makna yang berkesan sekiranya tidak ditangani dengan cara yang berkesan juga. Walau apapun hukuman yang akan dikenakan tetapi sekiranya tindakan yang dilakukan tidak berkesan maka ia tidak akan memberikan kesan yang baik.

Selain dari motosikal, pemandu kereta yang samseng juga patut diberikan perhatian. Mereka juga memandu dengan cara yang tidak bersopan dan membahayakan orang ramai. Polis juga patut mengambil tindakan yang berkesan kepada pihak ini.

Bagi yang samseng demokrasi, iaitu tidak menghormati demokrasi, rakyat patut menghukum mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR