Pulun awai nampak


UMNO nampaknya bersungguh untuk menang di Manik Urai.

PERDANA Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam foto sebelah ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan).

Mesyuarat itu dijangka membincangkan mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai yang akan diadakan pada 14 Julai ini.

Mustaffa Mohammad jadi pengarah pilihanraya itu bagi UMNO, selamat. TPM pula jadi pemantau. selamat. Banyak la projek lepas ni orang Manik Urai boleh rasa.

UMNO nampaknya bersedia awal, banyak wang yang nak guna tu. Lama lagi nak penamaan calon (6 Julai). Tunggu dekat-dekat baru turun, taklah bazirkan duit.

Nanti turun jangan 'claim' duit perjalanan dengan duit kerajaan. Nanti banyak lagi duit rakyat yang akan digunakan. Kalau nak ke manik Urai guna wang UMNO.

Rakyat akan memerhati tindakan para menteri dari BN, sama ada nak guna wang UMNO atau wang rakyat. Kalau ke sana guna wang rakyat, tunjukkan jalan keluar kepada BN nanti pada 14 Julai.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR