Tuesday, May 19, 2009

Politik wang?

Beberapa ketika ini, dilihat ada semacam satu gerakan yang menuduh PAS mengamalkan politik wang. Mengapakah perkara begini timbul ketika hampir dengan pemilihan? Adakah PAS sama seperti UMNO yang sering dikaitkan dengan politik wang?

Politik wang adalah pemberian yang diberikan untuk mendapatkan balasan tertentu dari pemberian berkenaan.

Ini sepatutnya diambil perhatian yang serius oleh parti. Walaupun ia belum nampak menular, sepatutnya parti mengambil perhatian bersungguh atas perkara ini. Ahli yang jujur dan ikhlas dengan parti pasti akan kecewa dengan gelagat yang didengari ini.

Adakah ketika PAS mulai diterima oleh rakan dan lawan, gelagat ini akan menjadikan parti berkenaan akan dijauhkan kembali oleh rakyat.

Dahulu rakyat ditakutkan dengan gelaran pelampau kepada PAS. Adakah dengan gelagat ini rakyat akan samakan PAS dan UMNO. Sedangkan asas perjuangan kedua-dua parti berkenaan adalah berbeza.

Para perwakilan yang akan ke Selangor awal Jun ini pasti dan mesti bijak melihat situasi yang berlaku ini. Tunjukkan kepada orang luar bahawa ahli PAS tidak akan termakan dengan umpan ini.

Walaubagaimanapun, pandangan dan kenyataan dibuat oleh kepimpinan menunjukkan bahawa politik wang dalam PAS tiada atau diperingkat minimum. Kawalan peringkat ini adalah perlu supaya tidak menular.

Selamat bermuktamar dan memilih kepimpinan jemaah.

No comments:

Post a Comment