Pilihanraya lagi

Alfatihah, atas kembalinya ke rahmatullah ADUN Manik Urai, Allahyarham Ismail Yaakub pagi tadi (22 Mei 2009). Dilaporkan beliau meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Didoakan agar beliau termasuk dikalangan hamba Allah yang akan dirahmati Nya.

Diatas kematian tersebut, maka satu PRK akan terpaksa diadakan.

Persoalan yang timbul ialah adakah BN akan bertanding? Jika diambil alasan membazir wang rakyat, mungkin BN tidak akan bertanding. Oleh itu, pasti selepas ini akan berlaku kejadian iaitu BN semakin fobia dengan pilihanraya.

Belum pun lagi penamaan calon di Penanti, BN kena fikir tentang satu lagi pentas berhadapan dengan rakyat. Ini belum lagi di Perak. Sekiranya DS Nizar menang kes petang ini, mungkin akan diadakan satu pentas lagi untuk rakyat memilih pemimpin mereka.

Jadi bersiaplah untuk berhadapan dengan rakyat.

Selamat berjuang untuk semua.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR