Kepimpinan Ulama

PAS yang bertapak sejak 1951 telah mengalami perbagai perubahan dalam perjuangannya.

Kini PAS mulai diterima oleh semua pihak sama ada Islam atau bukan Islam sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Orang bukan Islam sudah tidak kekok bersama orang PAS.

Jikalau satu ketika dahulu, PAS amat jauh dari orang bukan Islam kerana gertakan ataupun kempen dari UMNO berkenaan dengan PAS.

Hari ini selepas ia mulai diterima oleh masyarakat dengan motto "kepimpinan Ulama", ahli parti mulai diperbincangkan tentang Adakah Kepimpinan perlu Ulama atau hanya ada sifat-sifat ulama tanpa perlu mempelajari ilmu Islam.

Segala persoalan ini boleh dirungkai dengan semuanya kembali kepada persoalan tentang siapakah ulama dan kepimpinan ulama.

Tidak timbul persoalan walaupun ada pertandingan, tetapi siapakah yang akan memimpin parti?. Ahli PAS tidak pernah berpecah kerana sayang kepada parti tersebut. Persoalannya adakah individu yang memimpin PAS berperanan dan berupaya memjadi ulama yang menjawab persoalan berkenaan dengan hukum.

Walaubagaimanpun, kita berharap PAS yang sudah menunjukkan potensi dengan perjuangan Islam dan kepimpinan ulama mampu untuk menunjukkan bukti tentang slogan ini. Kita tidak mahu perebutan kepimpinan akan membawa PAS kepada perpecahan dan kelemahan.

Semoga PAS dijauhkan daripada malapetaka ini. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR