Tak jadi lah nak lawan

BN membuat satu keputusan yang amat menarik apabila menarik diri daripada bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti pada 31 Mei nanti. Keputusan itu di buat dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Ini satu lagi tindakan yang mengejutkan dari PM baru. Penulis merasakan pertama kali dalam sejarah BN tidak masuk dalam PRK. Adakah selepas ini, BN tidak akan masuk lagi dalam PRK.

DS Najib menyatakan "Ini mainan politik pembangkang". Macam nak tergelak pun ada. BN tu kan parti politik, tentu main politik untuk kebaikan rakyat Malaysia.

Berita berkaitan boleh di baca di sini.

Sepatutnya BN bertanding untuk melihat penerimaan rakyat terhadap mereka. Disamping itu, dikatakan parti pembangkang menghadapi kemelut, BN patut ambil bahagian untuk melihat sokongan rakyat terhadap kemelut parti lain.

Adakah BN akan menaja calon bebas untuk menentang calon Pakatan dalam pilihanraya tersebut. Ini juga akan dilihat oleh rakyat. Jika mereka menaja calon bebas, ini menunjukkan ketidak sungguhan mereka untuk tidak menyertai pilihanraya.

Itu lebih menampakan mereka lebih takut. Jadi PRK Penanti nanti Pakatan patut mengambil peluang untuk menjelaskan segala isu dengan lebih jelas. BN jangan gangu rakyat Penanti kerana Rakyat lebih diutamakan.

sekarang siapa yang tidak puashati dengan Pakatan boleh mencuba dalam PRK nanti. Dengar kata ada dua orang dah nak cuba. Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR