Siapakah Pilihan Rakyat?

Esok merupakan hari penentu kepada 3 kawasan pilihanraya iaitu Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai. Semua akan menjalankan kempen hingga minit terakhir. Macam-macam kempen dijalan oleh semua pihak yang bertanding.

Kempen pihak BN yang paling jelas berusaha untuk mengambil ketiga-tiga kawasan tersebut sebagai usaha untuk menunjukkan sambutan rakyat terhadap PM baru. Kempen cukup kuat hingga semua media cetak dan elektronik digunakan untuk menunjukkan kebaikan kerajaan.

Semua kempen menunjukkan bahawa BN sahaja yang pandai memerintah, banyak rakyat yang susah ditunjukkan di media. BN sedia membantu semua rakyat yang susah. Saya tidak melihat berita di kebanyakkan media itu kerana malas melihat berita yang ditunjukkan. Tetapi saya selalu juga melihat rancangan "Bersama mu". Saya rasa rakyat miskin byang ditayangkan bukan susah semasa zaman Pakatan Rakyat tetapi zaman sebelumnya. Masakan mereka baru susah sehari dua ini selepas diperintah oleh Pakatan rakyat.

Rakyat melihat bahawa PM baru yang dilantik amat baik kerana pembaharuan yang dibuat. Pembebasan 13 orang tahanan ISA menunjukkan kebaikan beliau. Tetapi apabila mantan PM ke4 menyebut selepas beliau menjadi PM beliau membebaskan 21 orang tahanan ISA, maka hilanglah kebaikan tersebut.

Penarik balik sekatan pergantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, seolah-oleh PM baru ini membebaskan suara rakyat yang terbelenggu. Tetapi benarkan rakyat mendapat berita yang adil dari semua pihak. Jangan ada sekatan. Adakah sekatan dan penarik balik ini merupakan perancangan untuk menunjukkan kebaikan PM baru?

Rakyat pasti tidak akan terkena banyak kali.

Rakyat pasti akan bijak menilai.

Rakyat tidak mudah terpedaya.

Ada rakan memberitahu, malam tadi di TV ditunjukkan bahawa Anwar Ibrahim membelasah Pas dan DAP dalam ceramah sebelum dibuang dari UMNO. Saya merasakan ini adalah biasa dilakukan oleh TV yang sokong BN memprovokasi pengundi. Sebelum ini juga kita melihat TG Nik Aziz dan Mohd Sabu juga ditunjukkan mengatakan sesuatu tanpa ditunjukkan maksud keseluruhan isi ucapan mereka.

Rakyat pasti bijak menilai.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR