Rakyat Tidak Restu

Tahniah kepada pemenang PRK yang dijalankan semalam. Keputusan 2PR 1BN. Adakah keputusan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui PM baru?

Satu tamparan hebat kepada PM baru kerana jelas dengan segala jentera yang digunakan untuk menunjukkan kekuatan mereka rakyat telah menolak BN dengan majoriti lebih besar.

Satu yang jelas dari pandangan saya ialah, kebanyakan media yang pro kerajaan seolah-olah menidakkan keilmuan atau keintelektualan rakyat. Mereka memberikan laporan seolah-olah hanya BN sahaja yang bertanding. Gambaran berita utama Berita Harian hari ini jelas membuktikan dakwaan ini. Kenapa kemenangan PR di 2 kawasan lain dikecilkan? Sedangkan 2 kawasan berkenaan menjadi tumpuan utama dalam PRK ini.

Maklumat penentang BN tidak diberitakan. Rakyat pasti akan mencari maklumat lain. Mereka telah mendapat banyak maklumat daripada sumber lain. Rakyat jangan diperbodohkan. Mereka boleh menilai bahan berita yang disampaikan.

Kita sudah lama merdeka. Rakyat negara ini sudah celik maklumat. Jangan kita angggap mereka seperti dahulu yang hanya mendapat maklumat dari satu sumber.

Rakyat telah menghantar mesej kepada BN, bahawa 50 tahun cukup lama bagi sebuah kerajaan yang mentadbir. Banyak perlakuan kerajaan tidak disenangi rakyat. Semangat 8Mac 2008 diteruskan.

Walaupun banyak media pro-kerajaan mengatakan pilihanraya ini mengekalkan status quo, tetapi jelas kebaikan yang cuba ditunjukkan oleh PM baru belum diyakini rakyat. Mereka belum mempercayai tindakan-tindakan tersebut. Banyak lagi yang perlu dibetulkan oleh PM baru. Bersihkan diri anda dari palitan isu al*******. Rakyat mahu PM mereka dilihat bersih.

Rakyat jelas tidak merestui perlantikan PM baru dengan menolak calon BN di "Dua Bukit".

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR