Kari Ikan, Cuci kereta

Hari ini saya nak cerita kisah saya pagi tadi- pekena dan terkena.

Apabila diajak oleh pemberita Harakah, Bashir ke Kuala Sungai Baru, saya meninggalkan kereta saya untuk dibasuh di kedai cuci kereta sebelah kedai gunting Pak Din di Jalan Sekolah Derma.

Kami ke Kuala Sungai Baru untuk mengikuti program "Bersama ADUN Sanglang dan Simpang Empat". Dalam program berkenaan ramai penduduk sekitar terutama yang berbangsa Cina yang hadir mengadu pelbagai masalah mereka. Mereka dilayan oleh petugas yang mewakili kedua-dua ADUN berkenaan.

Selepas itu, saya diajak ke Kuala Sanglang. Di sana kami singgah di kedai "Ubaidullah Kari Ikan". Kedai yang terletak di muara sungai itu menyediakan makanan dari ikan segar dan masakan utama ialah kari ikan. Patutlah Bashir mengajak saya ke situ kerana karinya memang secukup rasa sehingga Bashir menghirup kari berkenaan hingga habis.

Selepas makan di situ kami kembali ke Kangar. Saya ke kedai cuci kereta berkenaan untuk mengambil kereta. Selepas membayar upah saya memasuki kereta. Apabila saya membuka tempat menyimpan wang syiling, saya dapati hanya tinggal 5 sen sahaja. Apabila ditanya kepada petugas berkenaan, mereka menjawab,"Tak kan duit syiling kami nak ambil kut."

Saya pun meninggalkan tempat berkenaan. Walaupun mereka mencuci kereta dengan baik tetapi sikap tidak amanah mereka menyebabkan saya tidak akan pergi lagi ke kedai berkenaan. Walaupun duit syiling yang diambil hanya sedikit iaitu lebih kurang RM2, tetapi mereka bagi saya tidak jujur. Masakan duit yang kita simpan disitu kita tak tau ada ka tak dak?

Begitulah kisah saya. Satu pekena nasi kari ikan, satu lagi orang pekena kita. Tetapi hidup bukan hanya di dunia, kita akan dipersoalkan di hari kemudian.

Kalau ambil hak oprang tanpa izin, kembalilah hak yang berkenaan. Seperti akta ISA yang menangkap pesalah tanpa perbicaraan. Bicaralah mereka, kemudian hukumlah mengikut kesalahan. Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya kesalahan orang yang ditahan ISA.

Hak orang jangan diambil.

Comments

  1. kesian kat awak. mesti ada kafarah apa2 kot. takpe la, halalkan. kesian kat dia yang ambil tu... lagi pun tak sampai RM2 kan. tak yah gi dah kedai tu lepas ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR