Jamil Khir

Selepas PM mengumumkan kabinetnya khamis lalu, antara personaliti yang menjadi tumpuan adalah Jamil Khir. Beliau yang diberikan jawatan Menteri di Jabatan PM menjaga Hal Ehwal Islam.

Ada yang mengalu-alukan, ada yang kurang yakin keupayaan beliau dan macam-macam pandangan lain. Beliau dilihat tegas menyampaikan ucapan dalam forum di TV dalam menjelaskan sesuatu permasalahan.

Cuma saya berharap ketegasan beliau semasa berforum dalam TV diteruskan. Jangan nanti orang kata cakap 'berapi-api' tapi diberikan kuasa tak boleh laksana.

Jangan nanti jadi kupang tembaga - orang UMNO tak mau, orang PAS tak percaya- macam ramai dari kalangan orang agama yang pernah pegang jawatan menteri jaga Islam.

Selamat...... selamat menjaga amanah kerana jawatan ini akan dipersoalkan selepas mati. Jagalah Islam, tingkatkan aktiviti meningkatkan lambang Islam, jangan hanya sekadar gambaran luaran tetapi pengisian.

Banyak gerakan yang mempersendakan Islam seperti Sister In Islam, harus diberikan perhatian kerana fahaman dasar Islam liberal makin berkembang.

Gejala sosial dalam masyarakat harus diberikan perhatian. Turun padang, jangan hanya berada dalam dewan seminar, lihat sendiri aqidah masyarakat.

Jangan dihalang aktiviti memakmurkan masjid. Kembangkan aktiviti masjid sebagai tempat tumpuan masyarakat.

Selamat...... maaf kerana terpaksa memilih tajuk nama tuan.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR