Wednesday, April 22, 2009

Israel Disokong?

Kenapa Israel dibela, pensyarah yang membantah tentang aktiviti pelajar memakai pakaian Israel dan membawa bendera Israel digantung dua minggu? Dimanakah sensitiviti masyarakat pelajar tentang kekejaman Israel? Mengapakah mereka sanggup mengibar bendera Israel?

Inilah sikap kerajaan Malaysia. Walaupun tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram tersebut, tetapi aktiviti mengecam negara haram tersebut seolah-olah tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Masihkah kita ingat bagaimana Mahfudz Omar dan Salahuddin Ayob meringkup dalam penjara kerana menentang pembabitan Israel dalam kejohanan kriket di negara ini satu ketika dahulu.

Kenapa pensyarah yang cuba menyedarkan pelajar mereka digantung dari tugas? Mereka yang mengajar digantung dan pelajar dibiarkan?

Anda boleh lihat berita tersebut disini.

"Tujuh pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, digantung selama dua minggu kerana dituduh menghalang sekumpulan pelajar mengadakan perarakan ala perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini." Begitulah berita yang disiarkan. Jadi Kementerian Pengajian Tinggi harus memainkan peranan mereka.

Program yang bertentangan dengan tatasusila Islam seperti memakai sami dalam program tersebut perlu disekat. Dimanakah sensitiviti pelajar yang terbabit? Jangan hanya memerhati pelajar yang dianggap pro pembangkang sahaja.

Aktiviti agama dianggap aktiviti pro pembangkang, tetapi kenapa aktiviti begini dibenarkan?

Fikir-fikirkan lah....

No comments:

Post a Comment