Rebet Tunai?

Semalam selepas pulang dari sekolah, lebih kurang 2.45 petang, saya singgah ke Pejabat Pos Arau untuk mengambil rebet tunai kenderaan. Semasa mengambil borang, kerani yang bertugas itu berkata, "Isi borang boleh, tetapi duit tak pasti lagi, kalau nak tunggu tak pa." Saya apabila mendengar kata itu menjawab, "Kalau tak dapat duit, tak pa lah." Saya terus keluar dari pejabat pos berkenaan.

Semasa berada dalam kenderaan saya berfikir kenapa begitu jawaban daripada kerani pejabat pos berkenaan. Adakah kerajaan sudah habis wang? Adakah kerani berkenaan malas? Saya lebih berat kepada kerajaan seolah-olah habis wang. Macam mana dengan tugas kerajaan yang berjanji akan membayar wang kepada rakyat yang mempunyai kenderaan, selepas mereka membayar cukai jalan. Dimanakah tanggungjawab kerajaan menyediakan wang yang cukup?

Kita berharap bahawa masih ramai lagi rakyat yang belum menuntut rebet tunai kenderaan mereka, akan mendapat wang mereka. Kerajaan telah berjanji semasa menaikan harga minyak dahulu bahawa akan membayar wang kepada semua rakyat. Ini belum lagi habis tempoh seperti yang dijanjikan iaitu sehingga 14 April nanti.

Saya berharap nanti apabila saya pergi ke pejabat pos saya akan mendapat rebet tunai berkenaan. Jangan banyak kali pergi baru dapat.

Bagaimana dengan program ransangan 70 billion? Bagaimana kata TPM bahawa kita ada 250 billion untuk mengaktifkan usahawan kita? Jangan hanya sedap di mulut sahaja.

Comments

  1. duit tu semuanya untuk kroni cek woi. bukan untuk awak...

    ReplyDelete
  2. Hari ini saya telah dapat tunaikan wang tersebut di Pejabat Pos, Jalan Jubli Perak, Kangar.

    Harap janganlah pegawai di pejabat pos menjawab seperti tersebut. Malu kerajaan......

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR