Otak

Semalam selepas pulang dari kenduri, saya singgah ke rumah keluarga. Sambil berehat saya melihat surat khabar harian 13 Mac 2009.

Saya tertarik apabila membaca mengenai pendapat seorang (pangkal nama Dr) yang menyatakan bahawa PPSMI akan meransang otak kiri. Beliau berpendapat bahawa bantahan pada 7 Mac 2009 tidak melibatkan orang yang banyak menggunakan otak kiri seperti doktor dan jurutera.

Beliau berpendapat bahawa orang yang membuat bantahan adalah orang yang banyak menggunakan otak kanan.

Apabila saya membaca berita itu, pertamanya saya pasti bahawa semua orang yang turun pada 7 Mac adalah orang yang berotak. Tanpa otak pasti mereka tidak akan membuat bantahan. Kerana orang yang tidak menggunakan otak akan mengikut apa sahaja arahan yang diberikan orang. Mereka adalah seperti robot, walaupun nampak pintar tetapi tiada otak!

Sepatutnya seorang yang ada pangkal nama Dr membuat kajian atau penyelidikan dengan mengambil sampel peserta perhimpunan untuk menentukan sama ada menggunakan otak kiri atau kanan. Seorang yang bijak tidak akan membuat kesimpulan begitu tanpa kajian.

Saya berharap, jangan ada yang mengatakan bahawa saya menulis hari ini tanpa menggunakan otak.....

Comments

  1. salam...

    mula-mula nak gelak dulu. kuang... kuang... kuang...

    apala punya Dr. mungkin dia guna otak tengah kot. mungkin Dr tu, kepalanya botak depan sampai ke belakang. kalu botak depan sampai ke belakang, itu tandanya dia kuat...

    patutla dia tak menggunakan otaknya untuk buat kajian...

    ReplyDelete
  2. salam.

    apa itu SYABURI____ ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR