Tuesday, January 10, 2012

Liputan

Semalam, mahkamah telah membebaskan DS Anwar Ibrahim dari tuduhan yang dikenakan kepada beliau. Banyak pihak menyambut baik keputusan yang telah dibuat. Walaubagaimanapun mungkin akan ada rayuan daripada pihak pendawa terhadap keputusan tersebut. Kita berharap ia memberikan kesan yang baik kepada badan kehakiman negara.

Disamping kes tersebut pemecatan Dato Dr Hassan Ali dari PAS juga telah diberikan liputan yang besar oleh media utama negara ini. Beliau telah diberikan tempat dalam media untuk menyerang Pas. Kita berharap Dato Hassan akan kembali melihat apa yang telah menyebabkan beliau diambil tindakan tersebut. 

 Semoga perjalanan perjuangan Islam di negara ini akan dihormati.

Liputan pihak media juga harus lebih baik kerana rakyat akan marah kerana layanan yang diberikan kepada isu-isu diatas jelas tidak adil.

Anwar tidakdiberikan peluang untuk berkata-kata kerana pembebasannya manakala Hassan pula diberikan peluang untuk bercakap tentang pemecatannya.