Periksa
Kementerian Pelajaran telah membuat cadangan untuk memansuhkan Peperiksaan UPSR dan PMR. Tentu cadangan ini mendapat sokongan dan bangkangan. Secara peribadi, saya menyokong cadangan ini, cuma perlu satu mekanisma baru untuk memilih pelajar ke sekolah asrama penuh. Pihak kementerian mungkin boleh mengadakan peperiksaan memasukki sekolah agama, sekolah sains dan seumpamanya pada masa yang sama. Kini pelajar juga terpaksa menduduki ujian memasuki sekolah asrama penuh. Dengan ini maka pelajar yang ingin memasuki sekolah asrama penuh hanya menduduki peperiksaan berkenaan. Kini tekanan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru dan ibubapa bagai memenuhi keperluan lulus peperiksaan UPSR dan PMR. Kos yang terpaksa ditanggung oleh waris juga tinggi kerana pembiayaan untuk kelas tambahan kerana ingin melihat anak masing-masing mendapat 5A bagi UPSR. Begitu juga untuk dapat 8A atau 9A untuk PMR. Dengan itu pengisian pelajaran moral dan agama boleh ditambah di peringkata sekolah rendah....