Posts

Tajaan RAKYAT

Nampaknya para pemimpin UMNo memberikan respon negatif terhadap usaha kerajaan Kelantan nak buat jalanraya @ lebuhraya yang hubungkan KB dan KK. Depa kata kerajaan di sana tak pandai urus negeri, kena minta duit rakyat.  Kerajaan BN pandai kot guna duit sendiri. Yang dok buat jalan tu juga duit rakyat, cuma yang tu duit rakyat yang kena cukai. Yang di kelantan ni adalah duit sumbangan rakyat yang sama-sama membantu kerajaan buat jalan. Pasai apa kena nak minta tolong rakyat, pasai kerajaan pusat tak berapa nak bantu. Yang pastinya, selepas jalan tu siap tak dak tol....... rasanya akan ada ramai yang akan membantu. Yang dok kata macam-macam kat kerajaan kelantan juga orang kelantan juga..... awat jadi macam tu? Teringat juga saya masa tahun 1982 dulu, masa bolasepak Piala Dunia... ada kutipan daripada rakyat untuk tengok siaran langsung bola sepak tersebut. sambutan baik dan rakyat Malaysia boleh tengok siaran langsung Piala Dunia tahun itu. Rakyat bersatu menyokong...

IKUT SUKA

Pagi tadi, ada terdengar dalam berita Timbalan Perdana Menteri kata bahawa PAS tak patut minta PM janji pilihanraya tak akan diadakan pada musim haji. Ini pasai penentuan pilihanraya adalah hak PM berdasarkan beberapa fakta yang tertentu. Susah ka kalau PM bagi jaminan bahawa PRU13 tak akan ada pada musim haji. Senang hati oarang yang akan pergi haji.... Adakah kerajaan nak adakan juga PRU13 dalam musim haji? kalau nak ada juga, itulah nasib rakyat negara ini dinafikan hak sebagai pengundi... macam nana dengan slogan Rakyat didahulukan,.... Oleh itu, rakyat tak akan dapat bersuara apa-apa, ikut suka kerajaan nak buat apa pun, rakyat kena ikut sahajalah.... Mana PM tak dengaq apa lagi jawapan dia..... Rakyat perlu diberikan peluang untuk hidup dalam tenang dan tidak tertunggu-tunggu dengan penantian tarikh pilihanraya.........

Tak Jadi Lagi

Ramai dok ingat 14 Mei PM nak bubar Parlimen. Tut tut dia pi luar negara.... tak jadi lagi laa. Inilah suasana yang ada dalam negara ini, kuasa menentukan tarikh bubar parlimen ada kat PM. Jadi rakyat akan terus teka-teki. Nampaknya permainan ini akan terus dikuasai oleh pihak pemerintah, PM akan cari masa yang sesuai baru dia bubar Parlimen.  Awat tak jadi macam negara lain dah tetap bila nak pilihanraya? Hak ni lah yang jadi masalah terutama kepada pihak pembangkang. walaupun rakyat minta supaya pilihanraya di BERSIHkan tidak dituruti, ni kan pula tarikh nak pilihanraya... tentu PM akan terus guna kak istimewa tersebut.  Semoga Pakatan akan bersedia sentiasa dalam menghadapi situasi ini.... rakyat harap bersedia bila-bila masa untuk menjatuhkan BN.....

Layak kah?

Terlihat berita bahawa satu panel penasihat bebas telah ditubuhkan bagi menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0. Ia memang baik, tapi bila lihat pengerusi dia rasanya perlantikan itu tak sesuai.  Pengerusi panel ini 20 tahun jadi Ketua Polis Negara, tentunya dia akan dilihat bias kepada polis.  Rasanya lebih baik bagi memperlihatkan kebaikan panel ini, pengerusi yang dilantik tu harap tarik diri. Rakyat ingin melihat satu penyiasatan yang telus, nampaknya bila pengerusi sudah nampak macam tak telus.  Semoga pihak yang melantik dapat lihat perkara ini, nanti orang ramai akan permainkan sahaja panel penasihat ini.  Ini pandangan saya........

Betul ka 66 tahun?

11 Mei 1946, hari kelahiran UMNO - begitulah yang difahami kerana UMNO akan menyambut ulangtahun ke 66 pada tarikh berkenaan. Betulkah UMNO hari ini sudah berumur 66 tahun? Ini kerana UMNO tersebut sudah diharamkan pada 1988 kerana masalah ketika Perhimpunan Agong UMNO apabila Dr M hanya menang 40 undi lebih sahaja ketika menentang Ku Li. Maka sekumpulan penyokong UMNO telah bawa kes tersebut ke mahkamah kerana ada perwakilan yang dianggap tak sah. Maka UMNO pun telah diharamkan di Mahkamah. Selepas itu UMNO (baru) didaftarkan dan mengetepikan keahlian sebahagian dari ahli lama parti berkenaan. Maka serpihan tersebut menubuhkan Parti Semangat 46.  Oleh itu, bolehkan UMNO hari ini menganggap dirinya sudah 66 tahun sedangkan umurnya baru 2012 tolak 1988, jawapannya 24 tahun. kenyataan ini bukan rekaan, tetapi fakta yang jelas. UMNO jangan cuba menipu rakyat......... Semoga rakyat akan sedar dengan perkara ini. Banyak lagi sejarah yang telah ditutup UMNO......  M...

Pengkianat

Sudah hampir satu bulan kenyataan Datuk Mahfuz Omar terhadap satu gerakan mendaftar kewarganegaraan dan pemilih dari kalangan warga asing. Beliau juga menyebut beberapa nama yang melaksanakan tugasan yang menjijikkan ini. Ini kerana memberikan kerakyatan kepada warga asing tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi mendaftar mereka sebagai pemilih, sudah tentu peranan menentukan masa depan negara akan diberikan kepada warga asing ini.  Orang ramai amat berharap kerajaan atau Polis dapat mengadakan siasatan terhadap dakwaan tersebut, ini amat bahaya kepada negara. Disebabkan perkara ini, maka daftar pemilih yang ada mempunyai keraguan. Apakah dakwaan tersebut tidak benar? Jika tidak benar, sila jawab balik dakwaan tersebut. Rakyat amat berharap segala keraguan dan ketidak telusan dalam daftar pemilih dapat dibuat oleh pihak SPR. Ini adalah salah satu tuntutan BERSIH. Mereka mahu daftar pemilih yang bersih, baru ada keyakinan terhadap proses pilihanraya. BERSIH bukan berhimpu...

TERBUKA

Image
Dunia hari ini memang dunia yang terbuka. Apa sahaja yang berlaku di seluruh dunia dapat disaksikan dimana-mana jua tempat di dunia ini. Oleh itu, keterbukaan ini juga memaksa ada maklumat yang ditulis tidak benar. Maka sekarang banyak suasana atau saman berlaku dimana-mana jua lokasi dunia.  Inilah yang terpaksa di terima oleh siapa sahaja yang menerima suasana hari ini. Kalau tidakdapat terima suasana ini, maka dia akan sentiasa tertutup dengan menerima berita dari bentuk tradisi sahaja. Maka mereka akan mudah dipermainkan. Oleh itu, siapa sahaja yang sanggup menulis berita terpaksa menerima keadaan dia akan disaman oleh pihak lain yang tidak bersetuju atau berita yang ditulis itu tidak benar. Dunia yang terbuka dengan maklumat ini menyebabkan banyak keadaan yang tidak terkawal. Oleh itu, saringan daripada berita yang diterima itu penting. bagaimana menyaring berita? Carilah berita bukan hanya dari satu sumber. Perlu dicari dari berbagai sumber sama ada yang me...