Posts

Showing posts from January, 2010

Hon

Hari ini malas nak ulas isu semasa, rasanya nak cerita satu yang menarik pasai Sarawak. Saya berkesempatan dalam waktu yang singkat sempat ke Santubong, Samarahan, Serikin selain daripada Kuching. Selama beberapa hari di sana saya dapati bahawa kereta di sana tidak membunyikan hon kenderaan mereka. Saya ingatkan mungkin pada awalnya hanya mungkin perasaan saya sahaja, tetapi apabila dilihat beberapa kesesakkan dan suasana yang sesak dijalanraya, kenderaan tetap tidak membunyikan hon kenderaan mereka, tentu ini sesuatu yang menarik. Saya rasa ini satu yang cukup istimewa, mereka seolah-olah biasa sahaja dalam keadaan yang demikian. Bukan tiada kenderaan yang potong kiri, melanggar lampu isyarat tetapi hon seolah-olah tiada dalam kenderaan mereka. Bukan sekali tetapi banyak kali, saya rasa ini satu suasana yang unik di sana. Saya rasa pelik juga dengan keadaan berkenaan, kalau di Kuala Lumpur semasa menunggu lampu isyarat sudah tentu kita akan merasai riuh hon kenderaan. Seolah-olah masi

Bermuafakat

Saya ke Kuching hujung minggu lalu, sahaja melawat kerana jemputan saudara. Bolehlah melawat beberapa tempat berdekatan dengan Kuching. Saya berkesempatan ke pasar Satok pada hari Sabtu lalu. Di sana dapat dilihat berbagai jualan dari pelbagai kaum. Macam-macam ada dari lauk pauk hingga peralatan rumah. Berbagai ragam manusia dapat dilihat. Apabila diberitahu penulis dari Perlis ada dua individu yang memberi reaksi yang lebih berbanding dengan yang lain. Seorang pembekal dan penjual ikan terebuk masin, beliau sudah lama di Sarawak, pesara ATM. Beliau memberitahu berasal dari Batu 16 Tunjang Kedah, saudara kepada Allahyarham Ismail Hanafi, bekas pemilik Tunjang Ekspres. Beliau memberitahu bahawa beliau gembira hidup di Sarawak dan berkeluarga di sana serta mungkin tidak pulang lagi ke semenanjung. Beliau cuba bercakap utara tetapi seudah pelat Sarawak. Seorang lagi, juga pesara tentera, berasal dari Kuching, berbangsa Iban. Apabila berbicara tentang Perlis, beliau teringat satu ketika

Tenang

Kejadian serang rumah ibadat menunjukkan bahawa rakyat negara ini masih tidak menghormati rumah ibadah oarang lain. Islam jelas tidak membenarkan umatnya menyerang rumah ibadah orang lain. jadi siapakah yang cuba mewujudkan ketegangan dalam negara ini? Siapakah yang merancang agenda ini? harap semuanya dapat bersabar.......

Perkemaskan Peranan Islam

Tok Guru Nik Aziz kata orang Melayu mudah ikut orang. Hati depa lembut macam tanah selut, kalau burung pijak ada tapak kaki burung, kalau lembu pijak ada tapak kaki lembu; orang Melayu kena hati kuat , macam tanah keras gajah pijak tak berbekas. Itulah lebih kurang apa yang dicakap oleh Tok Guru. Apabila dilihat pun orang Melayu memang mudah mengikut orang. Dalam suasana hari ini, masalah nama Allah, pembakaran gereja - siapakah yang hendak dipersalahkan? Kenapa umat Islam seolah-olah tidak bersatu dalam hal ini? Adakah tindakan kerajaan dalam hal ini? Siapakah yang mempermainkan agama sebelum ini? Siapakah yang mempermaiankan hukumIslam? Siapakah yang hendak membuang perkataan Islam dari pertubuhan? Bukahkan parti pemerintah hari ini? Jadi orang Melayu tidak menunjukkan hormat pada Islam, tentu orang lain akan melihat lemahnya penganut Islam. Apakah tindakan kerajaan kepada sisters In Islam yang mempermainkan hukum Islam? Kita tidak bersungguh untuk bertindak terhadap golongan yang me

Apa Nak Jadi?

Semalam rakyat negara ini dikejutkan dengan berita pembunuhan empat sekeluarga di Negri Sembilan. Ini entah kes yang ke berapa? saya tidak pasti. Mangsa dikatakan dibunuh oleh keluarga terdekat. Apa nak jadi dengan masyarakat negara ini, adakah sudah ramai rakyat negara ini gila? Kenapa perkara ini boleh terjadi? Adakah manusia semakin ramai yang lupakan Allah? Adakah mereka tidak sedar membunuh merupakan satu dosa besar? apa nak jadi dengan negara ini.....? Kenapa kita tidak kembali kepada hukum Allah, mengapa hanya marah dan melenting apabila ada pihak lain nak guna nama Allah? Hukum Allah patut dijadikan sebagai undang-undang dan peraturan kerana undang-undang ciptaan manusia sudah gagal. Allah yang menjadikan manusia tentu DIA tahu kebaikan tetang makhluk yang dijadikanNya. Marilah kita berfikir dan bertindak..... untuk kebaikan manusia sejagat. Minta para ilmuan agama bangun menyedarkan rakyat negara ini. Pemerintah jangan hanya memandang pembangunan dari sudut ekonomi tetapi akh

Kenyataan PAS

Nampaknya isu berkenaan dengan perkataan "Islam" yang digunakan oleh majalah kristian merupakan satu isu yang besar dan telah dimanainkan oleh media. Pas pusat telah mengeluarkan kenyataan rasmi seperti berikut. maklumat dari sumber http://www.harakahdaily.net/ KENYATAAN PENUH Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad : PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan. Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan baha

Azam

Setiap awal tahun, akan terdengar setiap orang akan mengeluarkan azam yang akan mereka capai sepanjang tahun ini. Setiap azam menunjukkan sikap positif untuk berjaya. Tetapi kejayaan berjaya adalah amat sedikit. Apakah azam tahun ini? Saya juga mengharapkan kejayaan pada tahun ini. Biar kita menjadi orang berjaya. Tinggal sikap negatif. Lebih berani untuk menyatakan kebenaran dan menentang kemungkaran. Kita juga berharap kehidupan rakyat negara ini akan berjaya dari dibelenggu dengan gejala mungkar. Semoga Islam akan didaulatkan dan keadilan Islam akan dihormati. Selamat Tahun Baru 2010.