Posts

Showing posts from May, 2010

SUBSIDI OH SUBSIDI

Nampaknya selepas ini rakyat negara ini akan mengeluarkan banyak wang dalam perbelanjaan seharian mereka. Kerajaan dijangka akan menarik balik subsidi kerana kerajaan tidak lagi menampung belanja yang dikeluarkan untuk rakyat. Ini seolah-olah membuktikan pandangan orang ramai bahawa kerajaan semakin kurang duit. Berita ini didapati daripada sini dan sini . Di sini juga ada berita dan banyak lain berita di tempat lain. Jadi rakyat Malaysia kena bersedia untuk mengikat perut dengan kenaikan harga barangan. Kenaikan harga minyak pasti memberikan impak bagi kenaikan harga barangan lain. Kenapa negara nak bankrap? Tentu kerajaan tidak bijak menguruskan ekonomi negara. Negara yang mempunyai sumber bahan mentah dan kaya dengan sumber alam tentu mendapat pendapatan yang banyak. Kenapa negara ini tidak diuruskan dengan baik? Adakah penjimatan wang ini untuk belanja BN menunaikan janji pilihanraya kecil yang banyak selama ini? Adakah ini tradisi membela rakyat yang dibanggakan oleh BN? Adakah

Asap

Kali ini juga kisah tentang makan di gerai makan. Hujung minggu lalu, saya bersama keluarga keluar untuk makan malam di sebuah gerai di bandar utama di sini iatu Kangar. Bukan masalah makanan atau sikap layanan oleh kedai berkenaan, tetapi sikap masyarakat kita yang suka merokok di tempat awam. Rokok sudah dilarang untuk dihisap ditempat awam, ia mengganggu orang yang tidak merokok. Tetapi persoalannya kenapa masih ramai yang suka merokok di kawasan tempat makan atau kedai makan. Kenapa tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa? Ia memang mengganggu terutamanya anak-anak dengan kelibat perokok yang berkenaan. Jadi fikirkan lah juga nasib orang disekeliling kita yang tidak merokok. Kerajaan buat apa?

BN Kalah!

DAP - 18,845 BN - 18,447 Ind -232 Majority - 398 Begitulah keputusan PRK Sibu yang diumumkan. Jadi Pakatan Rakyat dah rampas kerusi Sibu dari BN. Pening kepala pulak BN lepas ni, nak buat pilihanraya negeri di Sarawak. Kena pikiaq bila nak buat. Tu kalau tak dak undi pos lagi besar kalahnya. Kita boleh lihat undi pos yang di dapati di sana. DAP - 70 BN - 2,323 Ind - 36 Undi ditolak - 208 Kiranya undi pos memang kat BN. Jadi pasai apa dalam semua PRK undi pos memang kat BN? Jadi PR kena kerja keras, mungkin boleh perintah Sarawak pula lepas ni. Bila Sabah dan Sarawak sudah ada tanda beralih kepada PR, nampaknya kubu BN makin lemah walaupun gembar-gembur PR makin lemah. Tahniah kepada PR melalui DAP yang menang di Sibu, moga semangat ini akan dibawa ke seluruh Sarawak.

Perubahan adalah perlu

Semalam, saya bersama keluarga telah ke sebuah kedai makan. Apa yang menjadi masalah ialah pelayan yang mengambil pesanan tidak mahu mengambil pesanan kerana pesanan berkenaan tiada di premisnya. Beliau enggan mengambil pesanan berkenaan kerana ia dari kedai sebelah. Setelah di desak barulah beliau sanggup menerima pesanan berkenaan. Bukan susah pun! Saya mempunyai beberapa pengalaman begini terutama di kedai makan orang Melayu. Mereka enggan mengambil order untuk kedai sebelah walaupun berlainan jualan makanan yang disediakan. Ada satu kali saya terpaksa order bungkus roti canai dari kedai sebelah kerana pelayan kedai berkenaan enggan menerima pesanan itu. Inilah mentaliti dan keadaan yang dihadapi oleh sebahagian peniagaan makanan Melayu. Lama-kelamaan pasti akan ada satu kedai gulung tikar kerana bersikap demikian. Orang ramai pun mungkin serik untuk ke kedai makanan yang berkenaan. Ini sudah jadi lawak Mr Bean! Sedangkan satu ketika dahulu saya pernah ke kedai barangan orang Cina,

"Raja"

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Ahad depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew; calon DAP, Richard Wong Ho Leng; dan calon Bebas, Narawi Haron. Para pengundi di Parlimen Sibu akan menjadi manusia tumpuan selama kempen ini berlansung. Mereka akan dianggap sebagai "raja". Mereka akan dilayan dengan begitu baik sekali oleh semua pihak. Adakah benar pengundi adalah "raja"? Mengapa mereka dianggap sebagai "raja". Pengundi dianggap sebagai raja kerana mereka mempunyai kuasa ketika hari pengundian. Kuasa yang ada kepada mereka itulah dianggap sebagai "raja". Kita berharap jika benar mereka ada kuasa, tunjukkan kuasa berkenaan. Yang menjadi persoalannya, kenapa "raja" sering diancam dan ditipu? Berapa banyak tempat "raja" sering diancam, jika tidak mengundi sesuatu pihak mereka akan disekat bantuan dan seumpamanya. Kalau raja dahulu dianggap mempunyai kuasa mutlak, adaka

Pulak Dah!

Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dilaporkan hilang ketika pemandunya meletakkan kenderaan itu di tempat letak kereta Jalan Tuanku Ampuan Zabedah, Seksyen 9 di sini, semalam. baca penuh di sini . Ini menunjukkan bahawa kadar jenayah kecurian amat membimbangkan, sampaikan kereta ketua polis pun berjaya dicurioleh penyamun. Kita beraharap pihak polis dapat menyelesaikan kes ini kerena ia amat membimbangkan rakyat ramai. Kereta ketua polis pun boleh hilang, apatah lagi kereta kita. Jadi polis mesti segera meyelesaikan kes ini agar kebimbangan rakyat tentang jenayah hari ini dapat dikurangkan. Rakyat bimbang kerana jenayah semakin banyak hari ini. Selamat menjalankan tugas untuk semua anggota keselamatan. Kita berharap Malaysia akan bebas dari segala unsur jenayah dari pihak atasan hingga rakyat jelata.

Sampai Maklumat

Minggu lepas, ketika mengambil barang yang di'photostat' di sebuah kedai di Arau, tuan kedai itu mengomel ,"Kata membela rakyat, tetapi semua barang mau naik harga, letrik pun nak naik lepas ni, apa tu, membela rakyat tang mana? minyak pun mungkin naik?" Itulah antara ngomel penjual berkenaan. Saya tidak pasti kenapa dia mengomel kepada saya. Adakah dia juga berkata benda berkenaan kepada pelanggan lain? Saya tidak pasti. Jika tidak itu mungkin satu cara kempen untuk PR. Itu pandangan seorang peniaga, macam mana yang lain? Saya berpandangan bahawa kenaikan barang mungkin terjadi secara perlahan tanpa disedari oleh rakyat. Oleh itu, rakyat tidak akan berasa sesuatu. Jika kenaikan mendadak mungkin rakyat akan terasa. Adakah kenaikan itu dapat ditampung dan ditutup dengan janji ketika pilihanraya? Kita berharap rakyat akan melihat perkara ini. PR mesti bersedia menunjukkan bukti kemampuan menangani masalah ekonomi yang dihadapi rakyat. Rakyat mesti dimaklumkan dan dihant

Boleh Ka?

Pada petang hari Sabtu (1Mei 2010), sambil meronda penulis melalui jalan Tambun Tulang. Apabila sampai ke satu kawasan dilihat ramai orang dengan banyak bendera BN dilekatkan dipokok. Apabila semakin hampir dilihat orang bersorak sebab ada sekelompok orang sedang berusaha menangkap itik di dalam Sungai Tambun Tulang. Disebelah sungai dilihat ada banyak khemah didirikan dihadapan masjid Tambun Tulang. Ada banyak bendera UMNO dan BN di sana. Saya ternampak sekilas banner yang tertulis "Tajdid Minda" sebagai program yang diadakan. Saya tidaklah pulak memberhentikan kenderaan untuk melihat program itu dilaksanakan. Yang pasti program itu anjuran UMNO atau BN. Cuma yang menjadi kemusykilan adalah bolehkah parti politik mengadakan program di masjid? Kalau dibenarkan, bolehlah parti politik lain mengadakan program yang sama. Ini bukan program kerajaan, kerana tiada ternampak bendera Perlis dan Malaysia sebanyak bendera UMNO dan BN. Jika kita rasa pengamalan 1Malaysia untuk keadilan