Posts

Showing posts from April, 2010

Tahniah atas Lantikan.

Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator. Tiga lagi timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat. Datuk G Palanivel memang merupakan seorang yang dijangka kerana sanggup berkorban untuk tidak menjadi calon di Hulu Selangor. Yang orang tanya ni, apakah sumbangan Ezam sehingga dilantik menjadi senator. Lepas ni kena panggil YB Ezam Mohd Nor, tahniah di atas perlantikkan. Harap boleh terus berjuang di Parlimen lepas ni. Kita berharap perlantikkan sebagai senator ditentukan kriteria tertentu, jangan kerana menyokong sesuatu......... Selamat bertugas, harapan rakyat mesti diutamakan, jangan hanya menjaja kotak sahaja. Selamat. Harap bertugas dengan jujur untuk menegakkan kebenaran seperti yang diperjuangkan. Jangan menyembunyikan kebenaran kerana faktor tertentu... Selamat

Harapan

Sambil berehat dan termenung 1 pagi tadi selepas "spot-check" pelajar di asrama saya teringat kata-kata tok wan (datuk) saya satu ketika dahulu, " Ingat kita berasal dari keluarga miskin, datuk nenek kita dahulu hanya tidur atas batang pinang, jika kita hidup senang satu hari nanti jangan lupakan orang susah, hati mereka jangan dimainkan, sebab orang susah akan buat apa yang disuruh untuk mendapat sesuap makanan." Saya merasakan perkataan yang diucapkan itu memang benar. Orang susah apabila disuruh untuk membuat sesuatu akan diberikan upah, mereka akan berusaha untuk menyelesaian tugas berkenaan. Apa yang dipersoalkan ialah selalunya orang susah atau miskin akan menjadi tumpuan dalam sesuatu pilihanraya. Pemeimpin besar selalu menjanjikan sesuatu kepada orang miskin. Tetapi adakah benar-benar jujur untuk membantu warga miskin berkenaan. Saya bimbang kerana orang miskin tetap akan mengikuti golongan yang memberikan harapan kepada mereka. Jangan hampa harapan itu. Pem

Menang, Seronoknya

BN telah menang di Hulu Selangor. Pasti yang paling gembira ialah rakyat Hulu Selangor yang akan menjadi golongan yang paling bertuah kerana memilih BN. Ini kerana janji yang telah dibuat oleh BN menjadikan kebanyakan mereka akan hidup senang selepas ini. Nampaknya kemengangan 1725 undi oleh BN akan menjadi sejarah yang besar dalam hidup mereka. Selamat menikmati hidup yang lebih mewah selepas ini. walaupun menang nampaknya pengundi Cina makin menjauhkan diri dari BN. BN sedah mendapat kembali pengundi India. Tentu mereka akan melakuan sesuatu untuk mendapat undi Cina selepas ini. MCA dan GERAKAN nak letak muka kat mana lepas ini Nampaknya MIC kena serah kepada UMNO untuk memilih calon BN dari MIC selepas ini, kerana kalau calon di sini telah dipilih oleh UMNO menang maka mereka juga pasti akan boleh pilih calon MIC di tempat lain. Pakatan juga perlu menilai bentuk dan cara kempen mereka untuk kembali mendapat pengundi Melayu dan India. Adakah kerana keupayaan BN membeli meyebabkan Pak

Glamour

Manusia memang sukakan glamour. Kini adalah antara masa yang perlu diambil untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat. Semasa PRK, selalunya ada berita keluar parti dan rasanya akan ada lagi hingga 25hb nanti. Dari pemerhatian, didapati selepas ini golongan yang keluar parti semasa PRK akan hilang ditelan araus, macam kes PRK Indera Kayangan dahulu. Mana golongan yang keluar parti berkenaan? Apakah jawatan mereka dalam Umno? Rasanya yang ditunjukkan muka dalam akhbar sehari dua ini pun akan merasai nasib yang sama. Parti baru tak layan dan parti lama buat-buat tak tau sahaja kepada golongan ini. Jadi rasanya nak glomour pun janganlah sampai menunjukkan diri kini terlalu rendah nilai begini. Keluar parti ketika berjuang dalam sesuatu pilihanraya. Tunggu sat tak boleh ka? Tak pa nak glamour. Jadi harapan saya agar mereka terus glamour selepas ini dan tetap diingati sebgai pejuang yang mencari kebenaran. Selamat mengundi untuk semua yang layak di Hulu Selangor, semoga pilihan anda adalah

Tarik Diri, Keluar Parti

Nampaknya tak jadi 4 penjuru sebab 2 orang sudah tarik diri di Hulu Selangor. Jadi PKR lawan BN di sana. Persoalannya kenapa tarik diri selepas dua hari mencalonkan diri? Kalau tak yakin lebih baik awal-awal lagi tak bertanding. Adakah ada sesuatu di sana....... ? Nampaknya kempen semakin hebat, dengan seorang calon diberikan perhatian yangbersungguh oleh media dengan penuh kebaikan. Manakala seorang lagi didedahkan segala keburukkannya. Itulah yang dapat disaksikan oleh rakyat. Banyak juga yang mula meninggalkan PKR. Sebab PKR yang bertanding maka akan ada berita tentang ahli PKR yang keluar parti termasuk yang paling utama berita bendahari PKR Hulu Selangor yang keluar PKR dan masuk UMNO. Berita begini akan berterusan. Jadi selama seminggu ini pasti akan ada lagi isu besar yang berkumandang, cuma macam Presiden MIC tak berapa jelas dalam PRK ini. Calon BN dan Timbalan Presiden UMNO yang diberikan liputan utama. Berita pembangkang tak dak langsung di media, kalau ada yang tak elok s

Kempen

Ada iklan di TV3 yang menyebut bahawa pada malam ini ada satu rancangan temuramah yang akan panggil calon BN, Kamalanthan untuk ditemuramah. Yang agak pasti terjadi ialah pujian akan diberikan kepada calon BN berkenaan. Kira kempenlah tu, tak kan hampa tak boleh perasan kot. Apalah kiranya dibuat debat antara calon yang bertanding di Hulu Selangor supaya rakyat dapat menilai perjuangan dan harapan mereka. Kalau sorang-sorang pakai kempen dialah saja. Nampak sangat rakyat cuba dipermainkan. Kalau di Britain, ada debat antara bakal pemimpin di sana jika parti mereka menang diberikan peluang mengemukakan pandangan , tak kan 1Malaysia sebagai negara demokrasi tulin tak boleh buat sama. Biar rakyat yang menilai, jangan mempermainkan rakyat, peristiwa 8 Mac 2008 akan berulang. Biar rakyat Hulu Selangor nilaikan perkara ini.

Empat Penjuru

Nampaknya pada 25hb nanti akan ada 4 oarang dalam kertas pencalonan. 2 calon BEBAS akan menentang calon PKR dan BN. SPR telah mengumumkan 4 orang calon layak bertanding. Datuk Zaid Ibrahim (PKR), P.Kamalanathan (BN), dan dua orang calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah. Jadi orang Hulu Selangor pasti akan menerima tetamu dari seluruh negara. Harap masing-masing dapat menjaga adab dan tata susila demokrasi. Semua pihak mesti bebas menyatakan pandangan politik masing-masing.

PRK dan Lompat

Ketua Penerangan pusatMIC, P. Kamalanathan telah dipilih untuk mewakili BN menentang calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Terdapat juga ura-ura dua calon BEBAS akan bertanding disitu. Selamat mendaftar sebagi calon esok semoga rakyat Hulu Selangor akan bijak memilih. Dalam sibuk-sibuk nak PRK Hulu Selangor, tiba-tiba ada seorang wakil rakyat yang melompat . Jadi, masa PRK ada sahaja yang melompat. Adakah ini untuk kepentingan peribadi mereka? atau adakah betul nak menentang ketidakadilan dalam parti asal mereka? Yang jelasnya, beliau pernah jadi EXCO sebelum ini. Apabila kena tukar, terus keluar parti. Adakah golongan yang berjuang untuk kepentingan diri harus dibiar terus memegang kerusi berkenaan? Yang pasti rakyat tentu marah dengan sikap wakil mereka ini. Rakyat melihat perlakuan ini, dan rakyat perlu menilai dengan baik segala yang berlaku disekeling mereka.

TPM atau Timbalan Pengerusi BN

Pagi ini saya melalui Arau untuk ke tempat bertugas di Jejawi. Yang menariknya sepanjang perjalanan di Jalan Tambun Tulang hingga ke Jejawi didapati bendera BN memenuhi jalan, mungkin untuk menyambut TS Muhyiddin Yassin yang dijangka akan datang ke Perlis hari ini. Gambaran tempat lain saya tidak pasti. Kalau beliau datang atas urusan kerajaan mengapa bendera BN diletakkan sepanjang jalan. Tiada pula bendera Malaysia. Saya juga difahamkan ada perjumpaan dengan guru-guru pada petang nanti. Kenapa beliau hendak berjumpa dengan guru-guru sedangkan kehadirannya seperti program BN, jumpa pegawai atau penyokong BN sudahlah. saya merasakan dalam PRK Hulu Selangor juga mungkin banyak berlaku program begini, guna jentera kerajaan untuk kempen BN. Tetapi saya rasa mungkin pertembungan kerajaan dan kerajaan akan berlaku. BN akan menggunakan jentera kerajaan Pusat manakala PKR yang mewakili PR mungkin menggunakan jentera kerajaan negeri, wallah huaklam. Yang untung penduduk dan pengundi Hulu Selan

1Indonesia

Kalau 1malaysia dikatakan tidak diambil dari idea 1Israel. Adakah 1Malaysia meniru 1Indonesia. Lihat pada berita ini . Kita harap kerajaan dapat jelaskan kepada rakyat agar tidak menjadi keliru. Tulisan slogan 1 Malaysia ialah " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan " manakala slogan 1 Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu " Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan ". Perkara ini amat penting jangan dikatakan kita tiru Indonesia pula.

Rokok Haram

Image
Hari ini terbaca artikel dalam Harakah pasai rokok. Nampaknya kalau betoi seperti dalam artikel tersebut, orang Islam kena jauhkan diri daripada rokok. Kerajaan sudah nampak bahaya merokok, dengan menyekat penjualan rokok 14 batang. Jadi semua pihak kena mengambil tindakkan menjauhkan benda ini. Kalau betoi babi juga ada dalam batang rokok, kena berhenti terus kerana babi jelas haram. Kalau babi haram, penghisap rokok......

Kempen, Tunggu Sat

Image
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April . Begitulah lebih kurang berita yang dibaca . Baik sungguh SPR mengingatkan parti politik. Sedangkan rakyat 1Malaysia boleh lihat PM pi kempen di sana. Kita pun jadi naik hairan, pasai PM pi di kawasan berkenaan janji macam-macam, tu bukan kempen ka?.Ini janji yang PM buat, bukan kempen kot, saja nak habaq orang Hulu Selangor saja. Jadi rakyat negara ini boleh menilai tentang perkara tersebut dan pengundi Hulu Selangor boleh melihat perkembangan ini dengan minda yang terbuka. Begitu juga tiba-tiba ada orang umum projek di Hulu Selangor. Amboi pasai apa umum masa ni, bukan kempen kot pada pandangan SPR. Oleh itu, kita mengharapkan rakyat

Kena Bijak

Image
Nampaknya Hulu Selangor akan menjadi tumpuan utama hingga 25hb nanti. Perdana Menteri sudah turun menjadikan kawasan ini memang penting kepada BN. Orang Hulu Selangor boleh jumpa menteri yang sebelum ini hanya di TV sahaja. Mungkin projek juta-juta akan diumumkan oleh menteri berkenaan. Mewahlah orang di sana. Kenapa baru pi kawasan ini? Tentu nak menang PRK 25hb nanti, tak kan saja-saja nak pi kot. Jadi orang Hulu Selangor kena jual mahal. Mereka adalah tokey masa PRK. Boleh tentu harga. BN pun nampak pening pasai UMNO pun nak jadi calon. MIC pasti nak terus kawasan tu. Pening DS Najib, Muhyiddin lagi pening, Samy Vellu tentu tunggu keputusan ini dan kalau calon MIC tak terpilih tentu ...... Jadi BN tengah menanti retak dan Hulu Selangor akan menjadi tempat yang akan membuktikan telahan ini. Jadi orang Hulu Selangor kena bijak. Anda sekalian adalah orang yang berkuasa hari berkenaan, bukan PM atau TPM, buatlah pilihan yang bijak. PR telah membuktikan bahawa mereka boleh memerintah, bu