Betul ka 66 tahun?

11 Mei 1946, hari kelahiran UMNO - begitulah yang difahami kerana UMNO akan menyambut ulangtahun ke 66 pada tarikh berkenaan. Betulkah UMNO hari ini sudah berumur 66 tahun? Ini kerana UMNO tersebut sudah diharamkan pada 1988 kerana masalah ketika Perhimpunan Agong UMNO apabila Dr M hanya menang 40 undi lebih sahaja ketika menentang Ku Li.

Maka sekumpulan penyokong UMNO telah bawa kes tersebut ke mahkamah kerana ada perwakilan yang dianggap tak sah. Maka UMNO pun telah diharamkan di Mahkamah. Selepas itu UMNO (baru) didaftarkan dan mengetepikan keahlian sebahagian dari ahli lama parti berkenaan. Maka serpihan tersebut menubuhkan Parti Semangat 46. 

Oleh itu, bolehkan UMNO hari ini menganggap dirinya sudah 66 tahun sedangkan umurnya baru 2012 tolak 1988, jawapannya 24 tahun. kenyataan ini bukan rekaan, tetapi fakta yang jelas. UMNO jangan cuba menipu rakyat.........

Semoga rakyat akan sedar dengan perkara ini. Banyak lagi sejarah yang telah ditutup UMNO...... 

Maka sejarah ahli sejarah perlu jelaskan hal ini.... jangan jadi Prof kangkong!

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR