Minta saman

Ada orang takut kena saman, ada orang minta di saman. macam-macam dunia ni.

Orang UMNO (nama pun tak Melayu), minta mereka juga di saman oleh DS Anwar yang dikatakan akan menyaman TS Muhyiddin Yassin kerana menyatakan "Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa".

Berani depa minta orang saman no..

Kita nak tanya UMNO yang namanya macam bukan Melayu tu, Siapakah yang menghapuskan tulisan jawi yang menjadi tulisan awal orang Melayu? Siapakah yang nak PPSMI? Berapakah banyak ekuiti Bumiputera dalam 50 tahun pemerintahan UMNO? Siapakkah yang tak berapa reti cakap Melayu apabila di wawancara oleh media tempatan? Dimanakah Bahasa Melayu dihargai?

Kita mengucapkan tahniah kepada UMNO kerana sanggup disaman.

Ini jelas menunjukkan la ni betui 1UMNO. Nampak macam bersatu, tapi bergaduh macam Shahidan dan Mat Isa di Perlis tu.

Selamat berjuang untuk Melayu, tapi jelas mereka juga semakin hilang Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR