Sambil membuka beberapa blog saya terjumpa satu blog. Dalam blog berkenaan ada terpampang gambar bekas Setiausaha PAS Kubang Pasu, Mohd Kamal Ismail yang berada di atas kerusi roda. Di beritahu dalam blog berkenaan, bahawa beliau diserang angin ahmar.
Diharapkan saudara Kamal akan tabah menghadapi dugaan. Beliau pernah bertugas bersama ketika di HPA Industries Sdn Bhd pada tahun sehingga 1998. Semoga cepat sembuh.
Sekiranya berkesempatan ke Kubang Pasu, saya akan menziarahi beliau.
maklumat dari http://idhamlim.blogspot.com tadi menyebutkan ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kena berkampung lagi di Parlimen Permatang Pauh selepas PRK parlimen berkenaan dan DUN Penanti. Berjumpa di Permatang Pasir nanti. Al Fatihah.
Cabaran di fasa ini adalah untuk memulihkan negara dari wabak #covid19. Kes harian yang masih tinggi harus menjadi cabaran untuk semua sama ada pemerintah atau rakyat. Semua mesti tunjukan kerjasama menentang wabak ini. Semoga kita akan berjaya.
Kebelakangan ini penulis memerhatikan bahawa budaya tidak menghormati budaya antara penduduk negara seperti mulai berputik kembali. Masing-masing menunjukkan sikap pejuang bangsa supaya ...... Harapanya supaya jurang yang sudah rapat jangan dijauhkan ..... Semoga rakyat dapat hidup dengan aman dan harapan pihak berkuasa dapat menjalankan tugasan dengan adil tanpa mengira mana-mana pihak. Jangan jadi pejuang bangsa yang nampak gagah, tetapi ...........
Comments
Post a Comment