Posts

Sekolah dibuka

 InsyaAllah minggu depan sekolah kembali dibuka secara bersemuka. Ini tentu satu berita gembira kerana dapat kembali bersus muka dengan pelajar. Harapannya is akan memudahkan pelajar menerima pelajaran daripada guru.

Akronim

 Sekarang kita semua suka sebut berbagai akronim. PKP, PKPB, PKPD, PKPP, PDPR, MCO dan sebagainya. Kita bukan sahaja Hidup dengan norma baru tetapi akronim baharu setiap hari. Suasana kini yang menuntut semua orang bergerak dengan cara baru memang memberikan kesan kepada bentuk aktiviti gerakan harian. Semua kena bersedia sentiasa kerana ada sahaja perubahan dalam Hidup. Semua kena berjuang untuk terus hidup. Semoga kita berjaya mengharunginya dengan banyak bermohon kepada yang Maya Berkuasa.

Sekolah

 InsyaAllah 20 January 2021 ini sekolah akan dibuka. Tenth akan ada cabaran baru.  Suasana norma baru yang pasti memberikan cabaran ketika wabak ini semakin meningkat. Semoga perjalanan ini akan diberikan kemudahan oleh Allah.

KENDURI

 Ketika musim cuti sekolah sekarang banyak jemputan kenduri. Kadang-kadang dalam satu hari lebih dari 2 jemputan. Peluang hadir ke kenduri tidak patut dilepaskan. Inilah antara peluang berjumpa sanak saudara dan Rajan taulan.  Jadi berapa jumlah jemputan kenduri yang anda terima? Jangan lupa Jaga sop. #Allahjagakita #kitajagakita #patuhi sop

2020

 Hanya tinggai beberapa hari lagi tahun 2020 akan meninggalkan kita. Tahun ini banyak perkara yang penuh memori dan cabaran kepada seluruh penduduk bumi. Tahun ini seluruh dunia merasai kesan besar pandemik covid19. Banyak kematian dan  sekatan pergerakan yang dirasai oleh manusia. Ini cabaran baru dan telah memberikan kesan emosi yang berat. Malaysia juga amat terkesan dengan kawalan pergerakan yang banyak memberikan kesan kepada semua pihak. Disamping itu, pergolakan politik juga amat menarik pada tahun ini. Pertukaran kerajaan dan pilihanraya negeri di Sabah telah mengubah suasana politik di negara ini. Semoga perjalanan bertambah bail pada tahun 2021.

On line

 Sekarang banyak urusan dijalankan secara atas talian. Secara amnya ia amat memudahkan banyak urusan. Cuma persoalan adakah pengajian secara atas talian ini sesuai untuk sekolah rendah?  Pelajar secara am kurang memberikan perhatian apabila pengajian dijalankan begini terutama pelajar sekolah rendah. Satu pendekatan yang sesuai perlu dicari kerana mungkin pandemik yang dihadapi kini berpanjangan. Kita tidak mahu anak pelajar akan ketinggalan.

ARAH MANA?

Kemana arah  mana yang akan kita pilih? Buatlah pilihan yang terbaik.