Posts

PRK kUALA BESUT

N1 Kuala Besut berada di kawasan P33 Parlimen Besut, merupakan satu kawasan yang sering dimenangi oleh BN. Ia merupakan kawasan pertama yang akan diadakan Pilihanraya Kecil selepas PRU13 yang lalu. Ini kerana kematian wakil Dun tersebut. Pilihanraya ini penting kerana kedudukan di DUN Terengganu sekarang ialah 16:15 iaitu BN 16 dan PR 15. sekiranya PR menang maka kedudukan adalah 16:16. tentu ia merupakan satu keputusan yang menarik. Cuma sedikit ralat kerana hari pengundian diadakan pada hari kerja iaitu Rabu. Kenapa SPR tidak menentapkan hari mengundi pada hari sabtu kerana pada minggu tersebut semua negeri cuti selama 3 hari. Ini akan memudahkan pengundi luar untuk pulang membuang undi..... pengundi luar mungkin tidak pulang mengundi kerana mereka akan pulang ke kampung pula selepas itu bagi merayakan Aidil Fitri. Ini akan memberikan kesan kepada jumlah pengundi. Walaubagaimanapun, manusia hanya merancang dan ketentuan Allah akan menentukan pemenang pada pengundian ...

Ini Kalilah, UBAH

Penamaan calon sudah berlalu 20 april lalu.... kini menantikan 5 Mei bagi membuat pengundian bagi memilih kerajaan.  Sejak dari sebelum penamaan calon dan sesudah penamaan calon, media arus perdana terus menyerang PR. DS Najib telah menjelajah ke seluruh negara bagi menarik sokongan rakyat kepada BN. Manakala PR terus diserang dengan bernagai isu supaya rakyat benci kepada Pakatan yang dilihat sebagai pasukan yang kuat memberikan tentangan kepada BN. rakyat juga telah melihat perubahan sokongan kepada PR. Ini telah menggentarkan BN. Semoga 5 Mei nanti kerajaan baru akan mentadbir Putrajaya dan negeri-negeri di Malaysia. Selamat mengundi, dan gunakanlah undi anda sebaiknya.

Masa

Mungkin sudah terlewat dah ni. Tapi PM kata malam tadi bahawa program janji ditepati beliau talah berakhir. Maka mungkinkah Isnin ini akan terbubar Parlimen? Kalau lihat sejarah tempoh penggal yang paling lama ialah dari tahun 1969 hingga 1974 dari hari pengundian 1969 dan hari penamaan calon 1974, iaitu melebihi tempoh 5 tahun. Tempoh lain adalah berkurang daripada 5 tahun. Kenapa lama sangat? kalau 1974 kebanyakkan parti berada dalam BN yang baru ditubuhkan menggantikan Perikatan. jadi tuntutan untuk mengadakan pilihanraya mungkin rendah ketika itu. Tetapi kini rakyat sudah tidak sabar untuk mengundi kerana merasakan bahwa kerajaan kini perlu ditukar. Adakah rakyat sudah sedia merubah kerajaan? Secara kasarnya dilihat bahawa rakyat sudah tidak sabar untukmengundi dalam PRU13. Semangat ini semakin memuncak dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya Kita juga mengharapkan pilihanraya yang akan diadakan nanti bebas dari pengundi yang tidak layak dan berlangsung dalam...

2013

Tahun 2013, dia dah mai - tahun ni kena ada PRU13. Yang tak pasti bila sahaja. Ada yang kata lepas Tahun Baru Cina. tak kisah bila..... rakyat sudah tidak sabar. Tak kira bila yang pasti tahun ni, akan ada pilihanraya. Dah ramai tak sabar nak tunggu untuk mengundi.  Pihak BN nampaknya bersungguh-sungguh menyerang pemimpin Pakatan Rakyat. TG Haji Hadi dengan amanatnya sudah berapa minggu ni di serang keliling oleh media BN - akhbar dan TV. banyak lagi serangan pasti akan dibuat selepas ini. Tetapi secara kasarnya rakyat juga mempunyai peluang untuk kembali mencari apakah "Amanat Hadi" tu. Pengundi yang lahir tahun 80-an tentu tak tau apa pun pasai amanat tersebut. Ini peluang mereka mencari perkara yang sebenarnya. Benda yang sudah dilupakan rakyat ini dan keluar kembali. Rasanya ia akan memberikan kesan kepada BN - peluru ni akan bidas balik- insyaAllah. Masa yang akan tentukannya. Himpunan 12 Januari ini adalah satu perhimpunan terakhir tuntutan rakyat supay...

Berani

Presiden Pas kata dia sanggup bertanding di kubu Presiden UMNO dalam PRU13 nanti jika diarahkan oleh parti. Ini nampaknya satu keberanian yang perlu ada kepada setiap pemimpin. Menang atau kalah dalam pilihanraya adalah perkara kedua. Adakah Presiden UMNO berani cadang untuk bertanding di kawaan Presiden Pas?   Walaupun perkara ini mungkin sukar berlaku tetapi tidak mustahil. Yang Dipertua Agong Pas pernah bertanding dengan Presiden UMNOsatu ketika dahulu di Parlimen Kubang Pasu. Walaupun tewas dari segi undi tapi ia merupakan satu yang menarik perhatian seluruh negara. Walaupun pertandingan antara Presiden atau ketua parti jarang berlaku di negara ini, rakyat tetap menantikan satu yang menarik seperti itu. Yang penting sekarang, walaupun siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya nanti, diharapkan SPR dapat menyediakan satu daftar pemilih yang telus bagi menjanjikan pemerintah negara ini dipilih oleh rakyat yang benar-benar layak mengundi. Semoga satu s...

Tahniah!

Ucapan ini ditujukan kepada Dato Dr Hassan Ali kerana dapat menubuhkan rangkaian TV, radia online. IMR - Islam, Melayu dan Raja menjadi tema utama kepada penubuhan syarikat tersebut. ( berita ) Semoga cita-cita beliau akan terlaksana. Semoga rangkaian yang beliau bawa benar-benar memberikan penerangan tentang Islam, Melayu dan Raja. Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja kata beliau semasa melancarkan rangkaian tersebut. Jangan nanti rangkaian ini digunakan untuk menyerang PR pula, tapi untuk BN tak apa. Beliau marahkan Pas kerana berkawan dengan DAP yang menentang Islam tapi tak kata apa kat UMNO yang berkawan dengan MCA apabila MCA menentang Islam. Dia takmau campur dalam perkara tersebut.  Baru sebut nak membuat satu rankaian yang mendidik mengenai Islam tapi tak mau campurtangan apabila orang mengatakan tentang Islam tentu satu yang pelik.  Dimanakah ketegasan beliau itu? ...

Logo Baru

Image
PM berkata bahawa antara cara untuk menarik semula penumpang adalah penjenamaan semula dan logo baru MAS. Di sini cuma nak bincang pasai tukar logo. Tentu pertukaran logo ini memakan jumlah wang yang banyak. Mengecat semula kapal terbang, pertukaran logo di bangunan serta kepala surat, menukar pakaian staff dan mewarna semula bangunan tertentu serta banyak lagi yang akan terlibat. Kenapa tidak dikaji sistem pemasaran MAS sendiri? Kenapa MAS rugi? Tentu pihak MAS ada membuat kajian, adakah penggunaan perbelanjaan tidak perlu dan sebagainya? Kita mengharapkan MAS dapat memberikan perkhidmatan yang baik serta mendapat untung. Jangan hanya mungkin menguntungkan pihak-pihak tertentu dengan pertukaran logo ini kerana perubahan warna yang sedikit itu akan memberikan kesan kos yang banyak. logo lama logo baru Rakyat juga harap MAS mampu berdaya saing dengan syarikat tambang murah yang ada. Rakyat tidak mahu MAS rugi. Diharapkan pihak pengurusan dapat membuat yang ter...