Posts

Berani

Presiden Pas kata dia sanggup bertanding di kubu Presiden UMNO dalam PRU13 nanti jika diarahkan oleh parti. Ini nampaknya satu keberanian yang perlu ada kepada setiap pemimpin. Menang atau kalah dalam pilihanraya adalah perkara kedua. Adakah Presiden UMNO berani cadang untuk bertanding di kawaan Presiden Pas?   Walaupun perkara ini mungkin sukar berlaku tetapi tidak mustahil. Yang Dipertua Agong Pas pernah bertanding dengan Presiden UMNOsatu ketika dahulu di Parlimen Kubang Pasu. Walaupun tewas dari segi undi tapi ia merupakan satu yang menarik perhatian seluruh negara. Walaupun pertandingan antara Presiden atau ketua parti jarang berlaku di negara ini, rakyat tetap menantikan satu yang menarik seperti itu. Yang penting sekarang, walaupun siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya nanti, diharapkan SPR dapat menyediakan satu daftar pemilih yang telus bagi menjanjikan pemerintah negara ini dipilih oleh rakyat yang benar-benar layak mengundi. Semoga satu s...

Tahniah!

Ucapan ini ditujukan kepada Dato Dr Hassan Ali kerana dapat menubuhkan rangkaian TV, radia online. IMR - Islam, Melayu dan Raja menjadi tema utama kepada penubuhan syarikat tersebut. ( berita ) Semoga cita-cita beliau akan terlaksana. Semoga rangkaian yang beliau bawa benar-benar memberikan penerangan tentang Islam, Melayu dan Raja. Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja kata beliau semasa melancarkan rangkaian tersebut. Jangan nanti rangkaian ini digunakan untuk menyerang PR pula, tapi untuk BN tak apa. Beliau marahkan Pas kerana berkawan dengan DAP yang menentang Islam tapi tak kata apa kat UMNO yang berkawan dengan MCA apabila MCA menentang Islam. Dia takmau campur dalam perkara tersebut.  Baru sebut nak membuat satu rankaian yang mendidik mengenai Islam tapi tak mau campurtangan apabila orang mengatakan tentang Islam tentu satu yang pelik.  Dimanakah ketegasan beliau itu? ...

Logo Baru

Image
PM berkata bahawa antara cara untuk menarik semula penumpang adalah penjenamaan semula dan logo baru MAS. Di sini cuma nak bincang pasai tukar logo. Tentu pertukaran logo ini memakan jumlah wang yang banyak. Mengecat semula kapal terbang, pertukaran logo di bangunan serta kepala surat, menukar pakaian staff dan mewarna semula bangunan tertentu serta banyak lagi yang akan terlibat. Kenapa tidak dikaji sistem pemasaran MAS sendiri? Kenapa MAS rugi? Tentu pihak MAS ada membuat kajian, adakah penggunaan perbelanjaan tidak perlu dan sebagainya? Kita mengharapkan MAS dapat memberikan perkhidmatan yang baik serta mendapat untung. Jangan hanya mungkin menguntungkan pihak-pihak tertentu dengan pertukaran logo ini kerana perubahan warna yang sedikit itu akan memberikan kesan kos yang banyak. logo lama logo baru Rakyat juga harap MAS mampu berdaya saing dengan syarikat tambang murah yang ada. Rakyat tidak mahu MAS rugi. Diharapkan pihak pengurusan dapat membuat yang ter...

Kerjasama

Image
Kini banyak pihak cuba memecahkan kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Serangan banyak ditujukan kepada Pas kerana mereka berkata bahawa Pas sudah lari daripada tujuannya nak menegakkan Islam kerana bekerjasama dengan DAP. Kenapa pihak-pihak berkenaan hendak Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. Tentu ada banyak sebab. Sebab yang paling mudah ialah jika PR berpecah maka BN masih lagi mampu untuk menang dalam PRU13 nanti dengan lebih mudah kerana musuh sudah berpecah. Adakah Pas sudah jauh menyimpang dari perjuangan asal? Rasanya tidak kerana Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya. DAP juga menghormati dasar perjuangan PAS. Yang dok kacau la ni UMNO, pasai tu depa harap Pas akan berpecah dengan DAP dan PKR. Sebab itu mereka menyatakan bahawa DAP menentang hudud. Awat, UMNO pun dulu tak mau HUDUD dan dok ancam orang bukan Islam supaya tak sokong pasai Pas nak buat Hudud. Sekarang yang agak lantang menentang Hudud adalah MCA, kawan baik UMNO. Pasai UMNO ta...

Kacau Pulak.

Image
Penulis bukan orang besar dalam Pas, tetapi menyokong perjuangan Pas. Melihat jatuh bangun Pas. Walaupun begitu, kini dilihat bekas Timbalan Presiden Pas pula nampak kerap menyerang Pas. Pasai apa YB Nasha? Kalau betul nak tegur Pas sudah lari dari perjuangan, YB berada dalam Majlis Syura, AJK Pas Pusat, Kenapa tidak gunakan medan itu untuk menegur? Kenapa menggunakan medium lain yang boleh menyebabkan orang menyerang Pas? Harap YB dapat mengambiltindakan yang sepatutnya kerana YB menjadikan Almarhum Ustaz Fadzil sebagai idola.  Yang lain tu tak kisah Zahid hamidi ka atau MP Kulim Bandar Baru, biarla depa nak kata apa, pasai depa pun bukan ada hubungan dengan PAS. Awat nak tunjuk baik sangat? Pasai apa pula ada yang dok kata Pas dan DAP tak boleh dok sekalai kerana dasar depa tak setuju dengan hudud. Awat pula selama ni UMNO dok takutkan orang bukan Islam, kalau sokong Pas nak kena buat Hudud? Apa yang pasti, yakinlah dengan kepimpinan yang telah dipilih, kalau nak...

Belaga dah?

Nampaknya satu rakaman telah didedahkan tentang tuduhan TKM1 PP kepada KM PP. Nampaknya isu ini dibentangkan dengan bersunguh oleh TV3 malam tadi.  Tujuannya jelas adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Berita disini Mengapakah rakaman ini didedahkan oleh media dengan begitu bersunguh-sungguh? Nampaknya pihak BN akan berusaha bersungguh bagi memecahkan perpaduan PR. PR perlu bekeja lebih keras lagi bagi menghadapi sebarang isu yang dikeluarkan oleh pihak BN. Setelah isu hudud bagi menakutkan bukan Islam nampak gagal, isu-isu lain perlu dicari bagi menghancurkan kerjasama PR. Pihak PR perlu mengadakan perbincangan lebih kerap bagi menunjukkan kesepakatan ini layakmenerajui Putrajaya. adakah isu baru ini akan menyebabkan PR bertelagah? Harap pihak kepimpinan PR dapat menunjukkan kematangan bagi meyakin rakyat dalam menghadapi sebarang isu.

AIR

Nampaknya isu air cuba dimainkan oleh pihak BN bagi menghadapi Pakatan. Kalau dulu di Kelantan, kini nampaknya Selangor pula menghadapi isu ini. Banyak saman yang akan dihadapi oleh kerajaan negeri berkenaan. Media yang dikuasai oleh pemerintah nampaknya memainkan isu ini bersungguh-sungguh supaya rakyat akan tolak PR. Adakah rakyat akan terkmakan dengan isu ini.