Posts

Logo Baru

Image
PM berkata bahawa antara cara untuk menarik semula penumpang adalah penjenamaan semula dan logo baru MAS. Di sini cuma nak bincang pasai tukar logo. Tentu pertukaran logo ini memakan jumlah wang yang banyak. Mengecat semula kapal terbang, pertukaran logo di bangunan serta kepala surat, menukar pakaian staff dan mewarna semula bangunan tertentu serta banyak lagi yang akan terlibat. Kenapa tidak dikaji sistem pemasaran MAS sendiri? Kenapa MAS rugi? Tentu pihak MAS ada membuat kajian, adakah penggunaan perbelanjaan tidak perlu dan sebagainya? Kita mengharapkan MAS dapat memberikan perkhidmatan yang baik serta mendapat untung. Jangan hanya mungkin menguntungkan pihak-pihak tertentu dengan pertukaran logo ini kerana perubahan warna yang sedikit itu akan memberikan kesan kos yang banyak. logo lama logo baru Rakyat juga harap MAS mampu berdaya saing dengan syarikat tambang murah yang ada. Rakyat tidak mahu MAS rugi. Diharapkan pihak pengurusan dapat membuat yang ter...

Kerjasama

Image
Kini banyak pihak cuba memecahkan kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Serangan banyak ditujukan kepada Pas kerana mereka berkata bahawa Pas sudah lari daripada tujuannya nak menegakkan Islam kerana bekerjasama dengan DAP. Kenapa pihak-pihak berkenaan hendak Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. Tentu ada banyak sebab. Sebab yang paling mudah ialah jika PR berpecah maka BN masih lagi mampu untuk menang dalam PRU13 nanti dengan lebih mudah kerana musuh sudah berpecah. Adakah Pas sudah jauh menyimpang dari perjuangan asal? Rasanya tidak kerana Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya. DAP juga menghormati dasar perjuangan PAS. Yang dok kacau la ni UMNO, pasai tu depa harap Pas akan berpecah dengan DAP dan PKR. Sebab itu mereka menyatakan bahawa DAP menentang hudud. Awat, UMNO pun dulu tak mau HUDUD dan dok ancam orang bukan Islam supaya tak sokong pasai Pas nak buat Hudud. Sekarang yang agak lantang menentang Hudud adalah MCA, kawan baik UMNO. Pasai UMNO ta...

Kacau Pulak.

Image
Penulis bukan orang besar dalam Pas, tetapi menyokong perjuangan Pas. Melihat jatuh bangun Pas. Walaupun begitu, kini dilihat bekas Timbalan Presiden Pas pula nampak kerap menyerang Pas. Pasai apa YB Nasha? Kalau betul nak tegur Pas sudah lari dari perjuangan, YB berada dalam Majlis Syura, AJK Pas Pusat, Kenapa tidak gunakan medan itu untuk menegur? Kenapa menggunakan medium lain yang boleh menyebabkan orang menyerang Pas? Harap YB dapat mengambiltindakan yang sepatutnya kerana YB menjadikan Almarhum Ustaz Fadzil sebagai idola.  Yang lain tu tak kisah Zahid hamidi ka atau MP Kulim Bandar Baru, biarla depa nak kata apa, pasai depa pun bukan ada hubungan dengan PAS. Awat nak tunjuk baik sangat? Pasai apa pula ada yang dok kata Pas dan DAP tak boleh dok sekalai kerana dasar depa tak setuju dengan hudud. Awat pula selama ni UMNO dok takutkan orang bukan Islam, kalau sokong Pas nak kena buat Hudud? Apa yang pasti, yakinlah dengan kepimpinan yang telah dipilih, kalau nak...

Belaga dah?

Nampaknya satu rakaman telah didedahkan tentang tuduhan TKM1 PP kepada KM PP. Nampaknya isu ini dibentangkan dengan bersunguh oleh TV3 malam tadi.  Tujuannya jelas adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Berita disini Mengapakah rakaman ini didedahkan oleh media dengan begitu bersunguh-sungguh? Nampaknya pihak BN akan berusaha bersungguh bagi memecahkan perpaduan PR. PR perlu bekeja lebih keras lagi bagi menghadapi sebarang isu yang dikeluarkan oleh pihak BN. Setelah isu hudud bagi menakutkan bukan Islam nampak gagal, isu-isu lain perlu dicari bagi menghancurkan kerjasama PR. Pihak PR perlu mengadakan perbincangan lebih kerap bagi menunjukkan kesepakatan ini layakmenerajui Putrajaya. adakah isu baru ini akan menyebabkan PR bertelagah? Harap pihak kepimpinan PR dapat menunjukkan kematangan bagi meyakin rakyat dalam menghadapi sebarang isu.

AIR

Nampaknya isu air cuba dimainkan oleh pihak BN bagi menghadapi Pakatan. Kalau dulu di Kelantan, kini nampaknya Selangor pula menghadapi isu ini. Banyak saman yang akan dihadapi oleh kerajaan negeri berkenaan. Media yang dikuasai oleh pemerintah nampaknya memainkan isu ini bersungguh-sungguh supaya rakyat akan tolak PR. Adakah rakyat akan terkmakan dengan isu ini.

HABIS DAH TU

Terdengar berita pagi tadi, bahawa Kedah dan Selangor akan kembali di ambil alih oleh BN, ini kerana satu kajian mendapati bahawa rakyat dah tak mau lagi kat Pakatan. Oleh itu, diharapkan bahawa kerajaan yang ada la ni akan turun masa pilihanraya nanti. Dok nampak sibuk depa dok pilih sapa nak jadi MB Kedah dan wakil rakyat Tanjung Karang mungkin jadi MB Selangor. Kalau dah rasa macam tu, Pakatan kena kerja keras lagi......... Ini pandangan kajian berkenaan, tapi yang dok tengok la ni sokongan kepada pakatan nampak meningkat sama ada secara terang maupun senyap. Harap Pakatan akan terus memimpin kedua-dua negeri ini dan terus memimpin Negara......

Tajaan RAKYAT

Nampaknya para pemimpin UMNo memberikan respon negatif terhadap usaha kerajaan Kelantan nak buat jalanraya @ lebuhraya yang hubungkan KB dan KK. Depa kata kerajaan di sana tak pandai urus negeri, kena minta duit rakyat.  Kerajaan BN pandai kot guna duit sendiri. Yang dok buat jalan tu juga duit rakyat, cuma yang tu duit rakyat yang kena cukai. Yang di kelantan ni adalah duit sumbangan rakyat yang sama-sama membantu kerajaan buat jalan. Pasai apa kena nak minta tolong rakyat, pasai kerajaan pusat tak berapa nak bantu. Yang pastinya, selepas jalan tu siap tak dak tol....... rasanya akan ada ramai yang akan membantu. Yang dok kata macam-macam kat kerajaan kelantan juga orang kelantan juga..... awat jadi macam tu? Teringat juga saya masa tahun 1982 dulu, masa bolasepak Piala Dunia... ada kutipan daripada rakyat untuk tengok siaran langsung bola sepak tersebut. sambutan baik dan rakyat Malaysia boleh tengok siaran langsung Piala Dunia tahun itu. Rakyat bersatu menyokong...