Posts

Belaga dah?

Nampaknya satu rakaman telah didedahkan tentang tuduhan TKM1 PP kepada KM PP. Nampaknya isu ini dibentangkan dengan bersunguh oleh TV3 malam tadi.  Tujuannya jelas adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Berita disini Mengapakah rakaman ini didedahkan oleh media dengan begitu bersunguh-sungguh? Nampaknya pihak BN akan berusaha bersungguh bagi memecahkan perpaduan PR. PR perlu bekeja lebih keras lagi bagi menghadapi sebarang isu yang dikeluarkan oleh pihak BN. Setelah isu hudud bagi menakutkan bukan Islam nampak gagal, isu-isu lain perlu dicari bagi menghancurkan kerjasama PR. Pihak PR perlu mengadakan perbincangan lebih kerap bagi menunjukkan kesepakatan ini layakmenerajui Putrajaya. adakah isu baru ini akan menyebabkan PR bertelagah? Harap pihak kepimpinan PR dapat menunjukkan kematangan bagi meyakin rakyat dalam menghadapi sebarang isu.

AIR

Nampaknya isu air cuba dimainkan oleh pihak BN bagi menghadapi Pakatan. Kalau dulu di Kelantan, kini nampaknya Selangor pula menghadapi isu ini. Banyak saman yang akan dihadapi oleh kerajaan negeri berkenaan. Media yang dikuasai oleh pemerintah nampaknya memainkan isu ini bersungguh-sungguh supaya rakyat akan tolak PR. Adakah rakyat akan terkmakan dengan isu ini.

HABIS DAH TU

Terdengar berita pagi tadi, bahawa Kedah dan Selangor akan kembali di ambil alih oleh BN, ini kerana satu kajian mendapati bahawa rakyat dah tak mau lagi kat Pakatan. Oleh itu, diharapkan bahawa kerajaan yang ada la ni akan turun masa pilihanraya nanti. Dok nampak sibuk depa dok pilih sapa nak jadi MB Kedah dan wakil rakyat Tanjung Karang mungkin jadi MB Selangor. Kalau dah rasa macam tu, Pakatan kena kerja keras lagi......... Ini pandangan kajian berkenaan, tapi yang dok tengok la ni sokongan kepada pakatan nampak meningkat sama ada secara terang maupun senyap. Harap Pakatan akan terus memimpin kedua-dua negeri ini dan terus memimpin Negara......

Tajaan RAKYAT

Nampaknya para pemimpin UMNo memberikan respon negatif terhadap usaha kerajaan Kelantan nak buat jalanraya @ lebuhraya yang hubungkan KB dan KK. Depa kata kerajaan di sana tak pandai urus negeri, kena minta duit rakyat.  Kerajaan BN pandai kot guna duit sendiri. Yang dok buat jalan tu juga duit rakyat, cuma yang tu duit rakyat yang kena cukai. Yang di kelantan ni adalah duit sumbangan rakyat yang sama-sama membantu kerajaan buat jalan. Pasai apa kena nak minta tolong rakyat, pasai kerajaan pusat tak berapa nak bantu. Yang pastinya, selepas jalan tu siap tak dak tol....... rasanya akan ada ramai yang akan membantu. Yang dok kata macam-macam kat kerajaan kelantan juga orang kelantan juga..... awat jadi macam tu? Teringat juga saya masa tahun 1982 dulu, masa bolasepak Piala Dunia... ada kutipan daripada rakyat untuk tengok siaran langsung bola sepak tersebut. sambutan baik dan rakyat Malaysia boleh tengok siaran langsung Piala Dunia tahun itu. Rakyat bersatu menyokong...

IKUT SUKA

Pagi tadi, ada terdengar dalam berita Timbalan Perdana Menteri kata bahawa PAS tak patut minta PM janji pilihanraya tak akan diadakan pada musim haji. Ini pasai penentuan pilihanraya adalah hak PM berdasarkan beberapa fakta yang tertentu. Susah ka kalau PM bagi jaminan bahawa PRU13 tak akan ada pada musim haji. Senang hati oarang yang akan pergi haji.... Adakah kerajaan nak adakan juga PRU13 dalam musim haji? kalau nak ada juga, itulah nasib rakyat negara ini dinafikan hak sebagai pengundi... macam nana dengan slogan Rakyat didahulukan,.... Oleh itu, rakyat tak akan dapat bersuara apa-apa, ikut suka kerajaan nak buat apa pun, rakyat kena ikut sahajalah.... Mana PM tak dengaq apa lagi jawapan dia..... Rakyat perlu diberikan peluang untuk hidup dalam tenang dan tidak tertunggu-tunggu dengan penantian tarikh pilihanraya.........

Tak Jadi Lagi

Ramai dok ingat 14 Mei PM nak bubar Parlimen. Tut tut dia pi luar negara.... tak jadi lagi laa. Inilah suasana yang ada dalam negara ini, kuasa menentukan tarikh bubar parlimen ada kat PM. Jadi rakyat akan terus teka-teki. Nampaknya permainan ini akan terus dikuasai oleh pihak pemerintah, PM akan cari masa yang sesuai baru dia bubar Parlimen.  Awat tak jadi macam negara lain dah tetap bila nak pilihanraya? Hak ni lah yang jadi masalah terutama kepada pihak pembangkang. walaupun rakyat minta supaya pilihanraya di BERSIHkan tidak dituruti, ni kan pula tarikh nak pilihanraya... tentu PM akan terus guna kak istimewa tersebut.  Semoga Pakatan akan bersedia sentiasa dalam menghadapi situasi ini.... rakyat harap bersedia bila-bila masa untuk menjatuhkan BN.....

Layak kah?

Terlihat berita bahawa satu panel penasihat bebas telah ditubuhkan bagi menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0. Ia memang baik, tapi bila lihat pengerusi dia rasanya perlantikan itu tak sesuai.  Pengerusi panel ini 20 tahun jadi Ketua Polis Negara, tentunya dia akan dilihat bias kepada polis.  Rasanya lebih baik bagi memperlihatkan kebaikan panel ini, pengerusi yang dilantik tu harap tarik diri. Rakyat ingin melihat satu penyiasatan yang telus, nampaknya bila pengerusi sudah nampak macam tak telus.  Semoga pihak yang melantik dapat lihat perkara ini, nanti orang ramai akan permainkan sahaja panel penasihat ini.  Ini pandangan saya........