Posts

Perjuangan

Dulu orang masuk Pas pasai nak perjuang Islam. Kini ada yang masuk Pas pasai nampak habuan dunia. Oleh itu, marilah kita istiqamah dalam perjuangan ini sebagai jalan mendapat redha Allah.  Sesiapa yang berjuang untuk diri dia, mungkin akan dapat habuan di dunia. Marilah ikhlaskan diri untuk perjuangan ini.

Kena Ambil Perhatian

Pilihanraya semakin hampir, tak kira bulan mac atau Jun atau September 2012- yang pasti dah semakin  hampir. Berita tentang kelemahan Pakatan Rakyat dan kebaikan BN mula keluar secara besar-besaran di media utama. Dato DHA juga diberikan ruang dalam media utama. Apatah lagi DHA mula hentam Pakatan Rakyat. Jadi rakyat kena dah sedia kerana kebaikan yang mula diberikan oleh mereka diharapkan akan mendapat balik sokongan ketika PRU nanti. Oleh itu, rakyat kena perhatikan betul-betul rang daftar pemilih tambahan yang akan dikeluarkan minggu ini. Mungkin kena ambil perhatian kerana mungkin ada pengundi yang disangsikan, oleh itu perlu buat bantahan. Semoga rakyat akan bertindak dengan baik semasa mengundi nanti. Tapi Rang daftar ni kena perhatikan dulu. Jadi moga kita kan dapat tumbangkan BN masa PRU nanti......

Liputan

Semalam, mahkamah telah membebaskan DS Anwar Ibrahim dari tuduhan yang dikenakan kepada beliau. Banyak pihak menyambut baik keputusan yang telah dibuat. Walaubagaimanapun mungkin akan ada rayuan daripada pihak pendawa terhadap keputusan tersebut. Kita berharap ia memberikan kesan yang baik kepada badan kehakiman negara. Disamping kes tersebut pemecatan Dato Dr Hassan Ali dari PAS juga telah diberikan liputan yang besar oleh media utama negara ini. Beliau telah diberikan tempat dalam media untuk menyerang Pas. Kita berharap Dato Hassan akan kembali melihat apa yang telah menyebabkan beliau diambil tindakan tersebut.   Semoga perjalanan perjuangan Islam di negara ini akan dihormati. Liputan pihak media juga harus lebih baik kerana rakyat akan marah kerana layanan yang diberikan kepada isu-isu diatas jelas tidak adil. Anwar tidakdiberikan peluang untuk berkata-kata kerana pembebasannya manakala Hassan pula diberikan peluang untuk bercakap tentang pemecatannya.

BR1M

Nampaknya sekarang heboh pasai borang BR1M. Ada yang kata boleh guna photostat, ada yang suruh pakai ori punya. Tu para menteri yang dok cakap, kacau-kacau. Ada juga para JKKK minta orang pakai tandatangan depa, kalau tak pakai tak laku borang tu. tapi dalam borang tak dak pula tempat depa nak kena tandatangan. Awat jadi macam ni. Bila jelas yang mana......

Mula Kempen

Image
Selepas PAU yang lalu, UMNO mula bekerja bagi menghadapi PRU13. Walaupun mereka dikatakan bertelingkah pasai calon, mereka mula mencari pengundi.. Di Perlis, surat mulai dihantar kepada pengundi bagi kempen UMNO. Cuma persoalannya, adakah mereka menggunakan duit UMNO atau duit kerajaan? Harap depa guna duit UMNO, pasai kempen UMNO. Tapi kalau guna duit kerajaan, pihak tertentu kena siasat pasai guna duit kerajaan untuk kepentingan parti mereka. (kalau nak siasat) Ini kerana belanja untuk menghantar surat juga tinggi iaitu lebih kurang 80 sekeping. Jadi kalau dihantar kepada 100 ribu pengundi sudah berjumlah RM80 ribu. Ini mungkin juga dilakukan di negeri-negeri lain. Oleh itu, pihak Pakatan Rakyat kena kerja lebih kuat. Tingkatkan semangat dan pesanan kasih sayang kepada pengundi.

Tak lama Dah

Nampaknya dalam Perhimpunan UMNO, serangan yang betul-betul kaw punya dihalakan kepada musuh politik mereka terutama Pas. Jadi nampaknya pilihanraya koi dekat dah. Lepas ini macam-macam bantuan mula diberikan kepada rakyat. Depa akan kata depa sahaja yang boleh bagi bantuan untuk rakyat. Parti lain tak boleh buat macam depa. Harap rakyat jangan dok terkena lagi dengan depa ni. nak dekat dengan pilihanraya baru mula nak bagi bantuan yang tidak disangka kepada rakyat. Sebelum ni tak berapa nak endah sangat.  Jadi nampaknya tak lama lagi rakyat akan dapat durian runtuh dari kerajaan. Depa akan kata orang lain tak boleh bagi macam depa. Depa sahaja yang boleh. Rakyat kena tunjuk kat depa bahawa rakyat boleh juga bagi jatuh dan bangun kerajaan. Jangan dok angkuh sangat. Maka semua kita (rakyat) kena berhati-hati, fikir dan jangan terkena banyak kali sangat.

Bola

Nampaknya hari ini, perbincangan ramai orang akan tertumpu pada cerita Malaysia menang pingat emas sukan SEA dalam acara bolasepak. Malaysia memang mengharapkan pingat ini sebagai semangat untuk berhadapan dengan Syria, esok. Mereka akan turun sekali lagi dengan semangat untuk menang. Moga semangat di Jakarta dapat dibawa bersama untuk berhadapan dengan Syria di Kuala Lumpur. Kita mengharapkan Malaysia menang malam esok. Terus berjuang Harimau Muda..... Bola mungkin merehatkan perang parti politik kerana semuanya pasti akan memberikan sokongan kepada pasukan negara.