Posts

Bola

Nampaknya hari ini, perbincangan ramai orang akan tertumpu pada cerita Malaysia menang pingat emas sukan SEA dalam acara bolasepak. Malaysia memang mengharapkan pingat ini sebagai semangat untuk berhadapan dengan Syria, esok. Mereka akan turun sekali lagi dengan semangat untuk menang. Moga semangat di Jakarta dapat dibawa bersama untuk berhadapan dengan Syria di Kuala Lumpur. Kita mengharapkan Malaysia menang malam esok. Terus berjuang Harimau Muda..... Bola mungkin merehatkan perang parti politik kerana semuanya pasti akan memberikan sokongan kepada pasukan negara.

9 jam

Aku ada terbaca cerita kat sini . Awat la depa bagi idea ni. Depa tak tengok ka, guru yang kerja sampai pukul 2, lepas tu balik rumah sat, mai pula sekolah pasai ada aktiviti luar. Tak kira lagi, periksa buku latihan, persediaan mengajar dan ....... Masa sekarang ni pun, tak la dalam jadual sampai petang tapi kerja sampai tengah malam. Ada yang "jeles" pasai cikgu nampak cuti lama kot. Guru bukan ada cuti tahunan macam kerja pejabat. Jadi kita berharap, kementerian lihat benda ini dahulu, walaupun nak buat eksperimen jangan sampai guru dan pelajar terseksa. Semoga negara ini akan melahirkan pelajar yang kreatif dan berwibawa. Jangan terlalu dibebankan guru dengan kerja yang terlalu banyak. Depa bukan nak minta manja tetapi tugasan berdepan dengan pelajar yang bermacam ragam. Kadang-kadang terpaksa pula berhadapan dengan waris yang menyerang kerana tidak puas hati dengan sesuatu tindakan guru dan macam-macam lagi...... Saya rasa guru tetap akan kerja...

Diketepikan?

Bulan lepas, Bajet 2012 telah dibentangkan oleh PM. Ramai yang puji sebagai satu bajet untuk rakyat. Tapi rasanya tak jumpa pula yang disebut PM untuk membantu petani terutama penanam padi. Pembekal makanan negara ini macam diketepikan dalam bajet tersebut.  Harga padi tidak naik, tetapi harga beras nampaknya akan naik jika dikatakan bekalan beras dari luar berkurangan terutamanya pasai banjir di Thailand.  Nampaknya petani terus akan berjuang kerana harga padi yang tidak naik, sedangkan cabaran untuk menghasilkan makanan ini semakin meningkat dengan penyakit dan ancaman seperti siput dan seumpamanya. Adakah petani saja diketepikan dalam bajet tersebut supaya terus akan bergantung kepada kerajaan?  Tidak adakah rancangan untuk menjadikan petani kita berdikari? Peringkat awal dengan bantuan kerajaan, kemudian mereka mampu berdikari.....  Semoga petani kita akan menghasilkan bekalan makanan yang berkualiti untuk negara, kerana bencana dan bala ...

Wibawa

Semalam, terlihat dan terdengar berita tentang perbincangan di DUN Pulau Pinang dari sebuah TV swasta. Yang didengari dan di dalam gambar tersebut adalah cakap dan gambar ketua pembangkang di DUN tersebut. Kita tunggu juga apa yang akan dijawab oleh pihak kerajaan negeri. Lepas tu habis sahaja berita tu..... Adakah ini sebuah berita yang boleh dibanggakan. Kalau dalam rancangan hiburan di TV yang sama "melodi" boleh tanya kedua-dua pihak dalam berita gossip mereka, kenapa berita tentang Dewan tidak didengari dari kedua-dua pihak- barulah rakyat boleh membuat penilaiaan. Adakah ia satu berita yang berwibawa. Kebanyakkan media berita yang ada tidak menggambarkan suasana ini iaitu mendapat maklumat daripada kedua-dua pihak yang terlibat. Sebagai media yang dilihat oleh semua rakyat, jadilah media yang berwibawa. Jangan nanti yang hanya kata, "dengaq boleh, percaya jangan." Rasanya tak lah susah sangat nak dapat berita dari semua pihak kerana pihak yang kena tud...

Gendang

Nampaknya gendang pilihanraya telah mula di palu. Kebanyakkan berita sudah mulai keluarkan berita tentang pepindahan penyokong dari satu parti ke parti lain. kalau lihat berita di media kita dapati pihak yang berkuasa menyerang negeri-negeri Pakatan Rakyat. Oleh itu, rakyat kena bersedia untuk menghadapi suasana yang begini, mungkin sumbangan dari semua pihak akan mulai sampai kepada rakyat. Yang rasa nak lambat sikit pun, pihak BN terutama UMNO dok berebut nak jadi calon. Mereka akan mulai bergerak untuk cari penyokong bagi memungkin mereka dicalonkan. Jadi rakyat boleh mula memerhati dan membuat pilihan yang baik kerana kalau ikut laporan Audit didapati banyak yang bocor..........

PKM

Setelah lama tidak menulis di sini, hari ini tergerak untuk membuka blog yang bersarang ini. Kisahnya kelmarin terlihat di Kangar ada plat kereta PKH####. no kereta yang didaftarkan di Pulau Pinang. Rasanya lepas ini PKJ, PKK, PKL dan selepas itu.......PKM. Adakah kerajaan nak benarkan plat ini digunakan? kerana ini ringkasan kepada Parti Komunis Malaya. Rasanya nak lepas dak? Lepas tu akan sampai satu gi plat PKR.... Ini sahaja tampalan kali ini kerana sudah lama bersarang.. kena buka sikit-sikit.

pengkianat negara

Ada beberapa pihak terutama dari Pakatan Rakyat telah membongkar tentang mudahnya pendatang asing diberikan kad pengenalan dan nama mereka  juga disenaraikan dalam daftar pemilih. Sekiranya dakwaan ini benar, ini merupakan ancaman kepada negara ini.  Ancaman ini mungkin tidak berbekas sekarang tetapi dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi akan memberikan implikasi yang besar terhadap negara ini.  Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini dengan bijak. Jangan kerana kuasa politik yang cuba dipertahankan hari ini, maka anak-anak bangsa akan merempat di bumi sendiri pada masa hadapan. Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan ini patut dianggap pengkhianat negara. Mereka in patut dibuang negara. Semoga rakyat akan membuat pilihan yang baik dalam pilihanraya nanti, dan pemilih yang memilih pemimpin biarlah penduduk yang sah atau pengundi yang sah.