Posts

Gendang

Nampaknya gendang pilihanraya telah mula di palu. Kebanyakkan berita sudah mulai keluarkan berita tentang pepindahan penyokong dari satu parti ke parti lain. kalau lihat berita di media kita dapati pihak yang berkuasa menyerang negeri-negeri Pakatan Rakyat. Oleh itu, rakyat kena bersedia untuk menghadapi suasana yang begini, mungkin sumbangan dari semua pihak akan mulai sampai kepada rakyat. Yang rasa nak lambat sikit pun, pihak BN terutama UMNO dok berebut nak jadi calon. Mereka akan mulai bergerak untuk cari penyokong bagi memungkin mereka dicalonkan. Jadi rakyat boleh mula memerhati dan membuat pilihan yang baik kerana kalau ikut laporan Audit didapati banyak yang bocor..........

PKM

Setelah lama tidak menulis di sini, hari ini tergerak untuk membuka blog yang bersarang ini. Kisahnya kelmarin terlihat di Kangar ada plat kereta PKH####. no kereta yang didaftarkan di Pulau Pinang. Rasanya lepas ini PKJ, PKK, PKL dan selepas itu.......PKM. Adakah kerajaan nak benarkan plat ini digunakan? kerana ini ringkasan kepada Parti Komunis Malaya. Rasanya nak lepas dak? Lepas tu akan sampai satu gi plat PKR.... Ini sahaja tampalan kali ini kerana sudah lama bersarang.. kena buka sikit-sikit.

pengkianat negara

Ada beberapa pihak terutama dari Pakatan Rakyat telah membongkar tentang mudahnya pendatang asing diberikan kad pengenalan dan nama mereka  juga disenaraikan dalam daftar pemilih. Sekiranya dakwaan ini benar, ini merupakan ancaman kepada negara ini.  Ancaman ini mungkin tidak berbekas sekarang tetapi dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi akan memberikan implikasi yang besar terhadap negara ini.  Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini dengan bijak. Jangan kerana kuasa politik yang cuba dipertahankan hari ini, maka anak-anak bangsa akan merempat di bumi sendiri pada masa hadapan. Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan ini patut dianggap pengkhianat negara. Mereka in patut dibuang negara. Semoga rakyat akan membuat pilihan yang baik dalam pilihanraya nanti, dan pemilih yang memilih pemimpin biarlah penduduk yang sah atau pengundi yang sah.

"Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British"

Lebih kurang macam tu lah satu berita yang aku nampak di TV3 masa lalu kat sebuah kedai malam ini. Aku pun terfikir pasai tajuk ini, walaupun tak dengar berita yang disampaikan, aku rasa ini satu lagi agenda untuk menghapuskan satu penilaian kepada pejuang terdahulu. Mana kita nak letak Dol Said, Datuk Maharaja Lela, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah (sekadar beberapa nama). Adakah mereka ini pengkianat kepada kerajaan beraja kita itu kerana cuba mengeluarkan British dari negara ini? Adakah raja-raja yang terpaksa menerima Residen British sehingga raja-raja berkuasa terhadap adat Melayu dan agama Islam sahaja bukan satu penjajahan? Bagaimana dengan segala arahan yang terpaksa diikuti oleh raja dan rakyat ketika itu bukan penjajahan? Adakah Inggeris hanya membesarkan sekolah Inggeris dan menganaktirikan sekolah Melayu bukan satu penjajahan? Adakah perjuangan orang Melayu menentang British selepas pengunduran Jepun atau selepas Malayan Union sahaja? Bagaimana denga...

Layak atau Tidak?

Beberapa hari ini dilihat beberapa pihak meragui tentang tuntutan yang dibuat oleh Mohd Sabu - kecederaan yang beliau alami. Adakah beliau layak membuat tuntutan tersebut? Bagaimana ia boleh diluluskan? Itu yang menjadi persoalan banyak pihak terutama UMNO Pulau Pinang yang membuat bising perkara ini. Sekiranyad ia layak kerana menjadi ahli lembaga pengarah - maka ia layak. Jika peraturan kata dia layak, maka layaklah dia. Sekiranya peraturan kata isteri PM boleh menginap di hotel mahal diluar negara, maka dia layaklah. Sekiranya peraturan menyatakan bahawa PM boleh melawat konvokesyen anaknya ketika lawatan negara dengan duit rakyat, maka dia layaklah. Sekiranya peraturan kata PM boleh membuat pemeriksaan kesihatan diluar negara dengan duit rakyat, maka dia layaklah. Jadi jika peraturan kata boleh, buatlah kerana ada peraturan. Kita tidak mahu pelanggaran peraturan. Jika peraturan membenarkan orang perempuan boleh buka aurat, maka buatlah..... Kita te...

Selamat Hari Raya

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan "Selamat Hariraya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin" kepada pengunjung. Walaupun bukan blog yang dikunjungi ramai, mungkin ada butir perkataan yang menyentuh hati seseorang, mohon maaf. Jadikan Ramadan tahun ini sebagai permulaan ke arah tatacara hidup yang lebih baik.

"Kerajaan Pembangkang"

Pagi ini, pada satu siaran TV disebutkan oleh pemberita, ".... kerajaan pembangkang Selangor....". Nak tergelak pun ada, pening pun ada, awat jadi macam tu? Mana ada pembangkang yang boleh mengaku dia kerajaan. Yang kerajaan tu la kerajaan. Depa ingat depa jadi kerajaan lagi di Selangor kot? Ada ka kerajaan pembangkang dan kerajaan penyokong? Macam debat kat sekolah sahaja. Kenapa sampai begitu sekali stesen media di negara ini. Harap dapat perbetulkan ayat tu, jangan sampai orang ketawa. Petugas semuanya mengaji tinggi-tinggi, jangan sampai " buat lawak minggu in i" pula. Mungkin tersilap pasai posa kot? Harap dak no, jangan salahkan posa pulak. Semoga negara kita terus maju dan kemajuan minda dan pemikiran adalah yang utama. Selamat berpuasa, dalam dah nak masuk bahagian ketiga bulan Ramadan dah.