Posts

Selamat Hari Raya

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan "Selamat Hariraya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin" kepada pengunjung. Walaupun bukan blog yang dikunjungi ramai, mungkin ada butir perkataan yang menyentuh hati seseorang, mohon maaf. Jadikan Ramadan tahun ini sebagai permulaan ke arah tatacara hidup yang lebih baik.

"Kerajaan Pembangkang"

Pagi ini, pada satu siaran TV disebutkan oleh pemberita, ".... kerajaan pembangkang Selangor....". Nak tergelak pun ada, pening pun ada, awat jadi macam tu? Mana ada pembangkang yang boleh mengaku dia kerajaan. Yang kerajaan tu la kerajaan. Depa ingat depa jadi kerajaan lagi di Selangor kot? Ada ka kerajaan pembangkang dan kerajaan penyokong? Macam debat kat sekolah sahaja. Kenapa sampai begitu sekali stesen media di negara ini. Harap dapat perbetulkan ayat tu, jangan sampai orang ketawa. Petugas semuanya mengaji tinggi-tinggi, jangan sampai " buat lawak minggu in i" pula. Mungkin tersilap pasai posa kot? Harap dak no, jangan salahkan posa pulak. Semoga negara kita terus maju dan kemajuan minda dan pemikiran adalah yang utama. Selamat berpuasa, dalam dah nak masuk bahagian ketiga bulan Ramadan dah.

Muhasabah

Hari ini hari ke berapa puasa? Adakah puasa ku diterima? Adakah aku sudah meningkatkan prestasi puasa ku? Adakah amalan ku dalam bulan Ramadan ini di terima? Adakah...... Adakah.... Oh Tuhan terimalah ibadah ku.... Oh Tuhan, berilah ku kekuatan untuk tingkatkan amal ku.... Ya Allah, Ya Allah, berikan petunjuk kepada ku Ya Allah, jadikan amalan ibadah ku dalam bulan ini sebagai yang terbaik.... Ya Allah, Ya Allah...

Rusuh= Himpun?

Nampaknya macam ada satu usaha untuk menyamakan rusuhan di London dengan Himpunan Bersih. Terdapat kata-kata yangmenyatakan bahawa polis Malaysia telah bertindak lebih baik dari polis Britain. Nampaknya usaha ini nak menunjukkan kepada rakyat bahawa usaha untuk berhimpun beramai-ramai menyatakan rasa tidak puasa hati akan menghasilkan rusuhan dan tidak baik untuk negara. Himpunan Bersih pada bulan lalu adalah bagi manyatakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap sistem pilihanraya di negara ini terutamanya daftar pemilih yang ada. Sedangkan di London rusuhan kumpulan tertentu merusuh bagi menyatakan tidak puas hati tentang tindakan polis menembak seorang remaja hingga mati. Himpunan Bersih tidak melibatkan rusuhan, mereka berkumpul beramai-ramai dan berarak ke satu lokasi untuk menyatakan bantahan dan menyerahkan satu memorandum kepada Agong. Tidak ada bangunan yang rosak serta rumah yang dibakar. Sedangkan di London perusuh membakar bangunan dan menyebabkan asap kelihatan di ...

Ramadan

Selamat menyambut bulan Ramadan 1432, diharapkan bulan yang barakah ini akan memberikan kebaikan kepada kita semua. Semoga kita akan dilimpahi rahmat oleh Allah subhanahu wataala. Kita mengharapkan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Selamat menyambut ramadan 1432.

Media

Image
Nampaknya berita dan isu "bersih" telah menjadi berita yang disensasikan oleh media. Ada yang menantikan video oleh polis tentang layanan baik polis. Semua itu pasti akan ditunjukkan dalam media, dan rakyat diminta percaya penuh berita itu. Rakyat akan dimaklumkan tentang kekerasan peserta himpunan. Moga maklumat yang benar dapat disalurkan kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang sebenar. Rakyat perlu lihat kebenaran, selepas itu biarkan mereka membuat pilihan. Media perlu dibersihkan daripada menyampaikan berita provokasi dan berat sebelah. Kita tak mau lihat nanti, surat khabar tidak laku dan berita TV tak lagi dipercayai. Sekarang pun dapat lihat surat khabar masih berlambak waktu petang. Dulu surat khabar sudah habis waktu tengahari, kini....... Semoga akhbar dan media negara ini sedar supaya kena gulung tikar.... kesian kepada pekerja. Moga kejadian diluar negara menjadi iktibar kepada media negara ini. Siarkan maklumat kepada rakyat dengan telus.

Perjuangan diteruskan

Nampaknya satu minggu ini berita tentang bersih telah mengambil tempat utama dalam media, media arus perdana serta media rakyat. Pihak kerajaan mengatakan bahawa himpunan tersebut telah mencemar imej negara serta akan merosakan ekonomi negara. Siapa sebenarnya yang telahmenyebabkan suasana ini? Rakyat hanya nak minta supaya pilihanraya diadakan dalam suasana yang telus dan bersih dengan tuntutan yang dikemukakan. Tuntutan yang dikemukakan boleh dibuat oleh kerajaan, tetapi nampaknya mereka berdalih denga nperbagai alasan. Macam PM yang mulanya benarkan himpunan di stadium, kemuadian berdalih apabila rakyat nak buat himpunan di stadium. Daripada berita yang dikeluarkan oleh semua pihak, para peserta himpunan tidak merusuh serta merosakan harta awam, mereka hanya berarak untuk menunjukan sokongan. Kalaulah kerajaan boleh berikan laluan ketika himpunan berkenaan tentu para peniaga di KL akan menikmati pendapatan lebih pada hari berkenaan. Ada yang menybut bahawa peniaga di KL Sentral mend...