Posts

Adil

Petang semalam (selasa), sambil memandu dengar berita. Salah satu berita yang menarik hati ialah kata Menteri Penerangan, media baru mesti adil dalam menyampaikan berita. Nak tergelak pun ada. La ni hari-hari berita pasai depa sahaja, parti pembangkang tak dak pun berita. Semua pasai pembangunan yang depa buat. Kalau kat Galas tu, tak dak pembangunan kerajaan Kelantan buat? Macam tu kot adil pada pandangan menteri tu. Heran juga aku... Selama ni adilkah berita oleh media kerajaan? Mana berita dari negeri kerajaan Pakatan Rakyat? Tak kan MB negeri-negeri tu dok tidoq. Jadi kalau sapa-sapa dengaq menteri tu cakap, fikir-fikirkan lah.

Pejuang Bangsa

Malam tadi, tengok juga Buletin Utama TV3. Ada sesuatu yang menarik ialah ucapan PM, DS Najib dalam bahasa Inggeris ketika merasmikan Perhimpunan Agong MCA, kemudian ucapan Presiden MCA dalam Bahasa Melayu. Apa sudah jadi, dimanakah kedaulatan Bahasa yang diperjuangkan oleh UMNO? Bahasa Malaysia dianggap sebagai bahasa perpaduan dalam negara ini. Sepatutnya PM gunakan Bahasa Melayu/Malaysia tetapi dok guna bahasa Inggeris. Pasai apa? Memang UMNO bukan pejuang bahasa Melayu.... Bukan tuduhan tetapi benda yang ada depan mata. Dimanakah slogan 1Malaysia? Tetapi tak guna Bahasa Malaysia. Bahasa Jiwa Bangsa. Inilah yang ada dihadapan rakyat negara ini. Pemimpin yang tidak bersungguh memperjuangkan apa yang diperjuang oleh partinya. Itulah sebab mungkin mereka lebih suka guna UMNO dari Pekembar pasai memang depa suka bahasa itu. Kita juga macam sudah lupa dimanakah kita berada di England atau di Malaysia. Pemimpin negara berucap dalam negara kepada rakyat Malaysia tidak sepatutnya menggunaka...

Kenapa?

Hari penamaan calon dan pengundian untuk pengundi PRK Galas telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Cuma yang dipersolkan kenapa SPR memilih hari bekerja iaitu hari khamis sebagai hari mengundi. Ada apa-apa agenda ka? kalau nak ramai pengundi, kenapa tak pilih hari Sabtu? Harap SPR tidak dipergunakan oleh golongan tertentu. Kita mengharapkan satu pilihanraya yang adil dan tidak berat sebelah. Semoga Galas menjadi permulaan kepada pilihanraya yang baik ini. Berikan peluang kepada rakyat untuk menilai calon secara telus. Jangan ada laporan berat sebelah (kadang-kadang tu kempen di media). Parti yang bertanding tentu sibuk memilih calon, dan diharapkan calon terbaik akan diumumkan pada hari penamaan calon nanti. SPR perlu menunjukkan bukti ia adalah sebuah badan bebas yang mengendalikan pilihanraya yang adil di negara ini. Jangan ia lebih dari BN ketika menjelas hari pengundian nanti. Biar rakyat lihat SPR adalah badan yang adil, jangan jadi kuda tunggangan BN. Walaupun penent...

Kalut

Nampaknya PRK akan berlaku di N45 Galas, Kelantan. BN mengambil tindakan awal dengan menamakan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya mereka dalam PRK tersebut. Kemudian TPM pula ada menyebut bahawa Ku Li juga mungkin calon disitu. Ketua Penerangan UMNO memuji ketokohan KU Li sebagai calon yang sesuai di Galas. Nampaknya UMNO betul-betul memuji Ketua UMNO bahagian Gua Musang itu, yang sebelumnya banyak pihak yang mempertikaikan beliau kerana menyokong tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Ada juga pihak yang menyatakan bahawa Ku Li belum memberikan jawapan terhadap tawaran tersebut. Mungkin UMNO sudah kurang yakin dengan ketua pembangkang DUN Kelantan kot. Atau memang UMNO cuba menjatuhkan Ku Li yang dilihat tidak mengikut telunjuk mereka dalam isu royalti. Sama-sama kita nantikannya. Yang sudah tentu ialah PAS dan UMNO akan bersaing di Galas. Calonnya sama-sama kena nanti.

Tahniah...

Tahniah kerana UMNO nampaknya benar-benar tak mau duit judi. Duit yang rakyat dapat masa bulan puasa dulu depa minta kutip balik. Depa siap tabung pulak tu. Memang baguih UMNO ni. Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir. Mereka kesal terhadap tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggunakan sebahagian daripada dana diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda untuk diagihkan kepada rakyat. Cuma lepas ni UMNO Pulau Pinang yang ketuanya Menteri Pertahanan kena pusing Malaysia nak kutip balik duit sumbangan daripada syarikat judi. Ahli sukan pernah menerima sumbangan Sport Toto yang hadiahnya diberikan sendiri oleh menteri terttentu. Kena minta d...

Judi...

Image
Kini berita tentang bantuan kepada warga tua dengan meggunakan wang judi menjadi bahan baru UMNO menentang kerajaan PR Pulau Pinang. O rang yang mendedahkan berita ini ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Baguslah UMNO kini sedar judi tu haram. Sebelum ini ada ahli sukan yang berjaya, diberikan hadiah oleh Sport Toto. Dan ketika bulan Ramadan y ang lalu juga Sport Toto ada buat Majlis Berbuka Puasa dan memberikan sumbangan , tak bising pun. Kita bukan setuju dengan perkara ini. Memang lama saya harap judi diharamkan. Kenapa tidak bising, orang Melayu yang pegang jawatan utama dalam syarikat judi? Yang pasti judi memang haram kerana Allah telah jelaskan dalam Al-Quran. Kenapa kerajaan persekutuan tidak mengharamkan judi? Rakyat boleh lihat iklan judi di akhbar melayu, siapa pemegang saham syarikat berkenaan? Sekarang semua kena ikhlas, marilah kembali kepada Islam.

Hilang....

Banyak kes pelajar hilang kembali di beritakan dalam akhbar . Ada lagi berita seperti di sini , disin i dan sini . Dan banyak lagi berita yang boleh di lihat. Antara sebab kehilangan seperti mengikut teman, masalah keluarga, diculik serta ingin melarikan diri dari masalah. Selepas kes Nurin Jazlin dan Sharlinie menjadi tajuk utama berita sudah ramai anak gadis dan remaja yang hilang dari rumah. Ini satu fenomena yang membimbangkan. Ibu bapa yang mempunyai anak gadis amat bimbang dengan keadaan ini. Tentu perlu kawalan yang lebih. Ada diantara kes kehilangan dijumpai kembali dan ada yang masih belum dijumpai hingga kini. Perkara ini perlu ditangani oleh semua pihak. Adakah masyarakat hari ini hanya mementingkan diri sendiri? Kalau kena orang lain biarkan saja, tetapi bising apabila terkena diri sendiri... Jadi semua harus mengambil peranan, jiran dan masyarakat. Jadikan anak-anak kita bebas bermain dengan selamat...