Posts

Susah Jugak

PRK Hulu Selangor akan ditentukan tarikhnya oleh SPR pada 4 april nanti. Cuma di sini penulis merasakan bahawa cabaran untuk mempertahankan kerusi ini memang perit. Kerjasama dan kesungguhan petugas PR mungkin membantu kemenangan PR nanti. Kita cuba semak kembali keputusan PRU12 yang lalu. Kawasan parlimen P094 Hulu Selangor PKR mendapat 23177 undi, manakala BN mendapat 22979 undi. Kelebihan undi hanya 198 undi sahaja. Manakala diketiga-tiga DUN telah dimenangi oleh BN. Di N05 Hulu Bernam BN mendapat 7985 dan Pas mendapat 4436, kelebihan sebanyak 3549 undi. Di N06 Kuala Kubu Baharu BN mendapat 6555 undi, mankala DAP mendapat 6107 dengan kelebihan 448 undi. Di N07 Batang Kali, Bn mendapat 11724 undi dan PKR mendapat 9545 dan kelebihan 2179. Sekiranya dicampurkan ketiga-tiga DUN maka BN mendapat majoriti 6176 undi. Sekiranya undi P094 kekal seperti 2008, PR masih boleh mempertahankan kerusi berkenaan tetapi dengan segala isu terkini dan eksploitasi media oleh BN, tentu satu kesukaran aka...

Ada lagi PRK

Image
Al-Fatihah untuk Allahyarham Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad,71 tahun meninggal dunia di rumahnya Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang jam 9.30 malam tadi. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman. Dok kalut di Titi Tinggi, Perlis apabila seorang wakil rakyat menghantar surat nak lepaskan jawatan, kemudian menarik balik surat tersebut dengan sms. Tiba-tiba Allah menghendaki satu PRK yang terpaksa diadakan di Selangor. Tak tau apa helah untuk tidakmengadakan PRK ini. Penulis merasakan bahawa PRK ini menjadi penanda aras baru bagi melihat sokongan rakyat terhadap PR dan BN. Adakah rakyat akan memberikan sokongan kepada BN dengan slogan'1malaysia' atau PR? Tentu ia kan menjadi satu PRK yang menarik. Nak bagi menarik lagi buat sama dengan PRK DUN Kota Siputeh.

Titi Tinggi pulak

Image
Rasa terkejut juga kerana yang ditunggu belum tentu bila nak jadi, tiba-tiba ADUN BN dari MCA di DUN Titi Tinggi pula yang nak lepas jawatan. Rakyat di utara menanti bilakah PRK Kota Siputeh, bila lagi nak buat? Awat depa tak putus lagi tarikh PRK tu? Tut-tut di negeri Perlis rupanya ADUN BN letak jawatan. Ini kes pertama Adun Bn nak lepas jawatan, berita tak berapa besar sangat. Depa kalut nak pilih Presiden MCA, kacau-kacau.... Ada yang merasakan bahawa PRK ni pun mungkin tak jadi pasai ada yang akan buat andaian supaya ia tidak jadi. Kita harap kalau jadi biar buat sekali dengan Kota Siputeh, mari melancong ke utara. Dulu depa lawan tiga penjuru, kalau boleh biaq kali ni satu sama satu PR lawan BN. Semoga keputusan yang dibuat nanti memberikan kebaikan kepada demokrasi negara.

Nak Percaya ka Dak?

Nampaknya seorang ahli Parlimen PKR yang melompat jadi BEBAS, cuba menarik perhatian ramai dengan cerita beberapa orang yang dipancing oleh DS Anwar untuk projek 16 Septembernya. Nampaknya semua nama yang terbabit seperti disebut oleh MP bayan Baru itu menafikan tuduhan itu. Mana nak letak muka kalau semua kata MP Bayan Baru Pembohong. Nampaknya lepas ni dok sorang-sorang la, sama tak mahu, sini tolak, jadi ........ Berita dok kat sin i. Lepas ni nak kata apa pulak, macam seorang yang keluar PKR dulu bawa kotak tu, sapa pun koii tak percaya..

Tekanan

Adakah kerana tekanan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan, banyak berita tentang cubaan pelajar untuk menyelesaikan dengan cara yang tidak sepatutnya? Sekarang banyak sekolah cuba untuk meningkatkan taraf mereka. Mereka perlu mencapai sesuatu target. Pelajar ditekan untuk berjaya. Sekiranya pelajar tidak berjaya, guru-guru terpaksa bertungkus lumus merancang strategi pembelajaran agar pelajarnya berjaya dengan cemerlang pada sesi akan datang. Masing-masing menghadapi tekanan. Guru tertekan untuk menghasilkan pelajar yang berjaya dengan cemerlang. Pelajar tertekan untuk berjaya. Kementerian pula akan menganugerahkan kepada sekolah yang cemerlang, maka sekolah yang tidak berjaya akan tertekan. Inilah nasib jika pelajar ditekan untuk cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Kementerian perlu memikirkan satu kaedah pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. Disamping itu, kecemerlangan akan datang serta kesannya lebih baik. Sekarang semua pihak menghadapi tekanan: pelajar, guru, ib...

Kisah seorang pelakon

Pagi ini, sambil berehat sahaja menonton rancangan " The Oprah Winfrey Show". Kisah pagi ini, beliau menemuramah bekas pelakon rancangan "One Day At That Time", Mackenzie Phillips. Dalam temuramah itu, Mackenzie menceritakan pengalaman pahitnya bahawa beliau dirogol oleh ayahnya sendiri sejak berumur 18 tahun sehingga berumur 29 tahun. Pada mulanya secara paksa tetapi kemudian selepas masing-masing dapat menerima keadaan. Beliau juga mengandung daripada hubungan itu dan melahirkan anak. Beliau juga penagih dadah sejak berumur 11 tahun kerana melihat gelagat ayahnya, John Phillips, seorang pemuzik. Selepas 30 tahun menyimpan penderitaan itu, beliau menulis buku " High On Arrival" tentang kisah hidupnya itu. Pada peringkat awal ahli keluarganya memarahi beliau kerana mendedahkan kisah buruk keluarganya. Beliau menulis untuk tujuan rujukan orang ramai kerana beliau merasakan bahawa orang ramai perlu tahu bahawa sumbang mahram memberikan kesan yang besar kepad...

Kenduri

Cuti sekolah ni, hari-hari kenduri. Boleh kut jimat sikit? Pasai tak payah masak tengahari. Tak tau lah...... Tahniah kepada semua yang menyambut menantu, semoga anak-anak yang melangsungkan perkahwinan selamat melayari perkahwinan ke akhir hayat. Ini adalah salah satu jalan terbaik kerana kita dapati banyak anak yang tidak diketahui ibubapa kini dan ramai anak-anak tidak berdosa dibunuh dengan kejam. Kepada yang bersosial tanpa batasan, berkahwinlah semoga umur anda diberkati. Selamat pengantin baru untuk semua yang berkenaan, moga bahagia ....