Posts

Setahun Dah.....

Image
Penulis mula membuka 'port' ini pada 24.2.2009. Rupanya sudah setahun berada di sini melayari dunia tanpa sempadan ini. Terima kasih kepada yang sudi singgah, menjengok dan memberikan komen. Blog ini mungkin blog tidak ramai pengunjungnya, tetapi penulis sentiasa cuba memberikan pandangan yang sesuai agar dapat memberikan manfaat untuk semua. Pandangan dalam blog ini merupakan pandangan yang dirasakan perlu pada pandangan penulis untuk diluahkan kepada umum. Kita ada banyak pandangan, tetapi tidak semua yang dapat dimasukkan ke sini kerana ada yang perlu disimpan dan ada yang perlu dibuang terus. Harapan penulis selepas ini dapat mengambil bahagian yang lebih aktif menulis serta memberikan pendapat terhadap semua isu yang ada agar kita dapat mengembangkan pandangan dan minda. Sekian. Terima kasih kepada yang terus menyokong.

YB Kulim- Bandar Baharu oii

Image
Saya rasa nak memberikan respon terhadap pendapat YB Kulim Bandar Baharu yang menyebut tentang PAS dan TG Nik Aziz (seperti dalam www.mstar.com.my ) iaitu : Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan. "Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS. Saya mersakan beliau kena baca sejarah semula. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, PAS telah menyertai Perikatan untuk bersama dalam kerajaan bagi perpaduan rakyat negara ini. Bukan mereka keluar PAS bagi menyertai Perikatan atau UMNO. Mereka membentuk kerajaan campuran Perikatan-PAS. Selepas itu, PAS bersama UMNO, MCA, MIC dan parti lain telah membentuk kerjasama dalam Barisan Nasional (BN). Jadi PAS antara pengasas parti yang bernama BN. Tetapi pengkhianatan UMNO dalam kerjasama tersebut menyebabkan PAS telah keluar dari BN...

Makan Dalam Talam

Beberapa hari yang lepas, saya pergi ke sebuah rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan anaknya. Biasa sahaja kenduri pada musim cuti sekolah. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya iaitu, tetamu dihidangkan nasi dalam talam. Saya makan berdua dengan anak kerana dihidangkan dengan meja dan kerusi. Kalau bersila mungkin boleh berempat. Saya teringat sudah lama saya tidak makan nasi dalam talam. Kalau dahulu ada sahaja program tamrin, usrah dan seumpamanya tentu makan nasi dalam talam. Kini kebanyakkan program, makan nasi dalam pinggan polistrin atau dalam pinggan masing-masing. Adakah ini antara faktor kesatuan dalam parti nampaknya semakin longgar? Komen dan kritikan antara ahli jemaah secara terbuka semakin menjalar. Adakah kita perlu mengembalikan cara makan dalam talam? Apakah kesilapan yang menyebabkan kita nampak seperti bertelagah? Atau ini proses dalam sesuatu organisasi atau sunnah Allah? Yang penting, kita perlu bersama dan bersatu menghadapi musuh, bukan bertelagah s...

Lima Kosong

Begitulah keputusan Hakim yang memberikan kemenangan kepada Zamry sebagai MB Perak. Nampaknya semakin kena kerja kuat PR lepas ni. Selamat berjuang untuk semua di Perak, semoga PR akan mencapai kejayaan dalam PRU13 nanti.

Febuari 2009 ....2010

Setahun sudah berlalu rampasan kuasa di Perak. Apakah kesudahannya? Marilah kita nantikan keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Semoga keputusannya nanti adalah keadilan untuk semua. Biarlah keputusan yang diputuskan adalah keputusan berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Sama-sama kita tunggu........

Sensasi

Kisah yang paling panas kini pastinya kes DS Anwar. Mungkin rakyat Malaysia akan melihat dan mendengar berbagai istilah baru dalam perbicaraan nanti. Istilah "releven" pernah terkenal kerana pernah dikeluarkan dalam perbicaraan kes dahulu. Kini Anwar akan menghadapi perbicaraan kes yang sensasi. Kes ini tentu bertaraf 18sx kerana tentu ada istilah yang tidak sesuai untuk anak kecil mendengarnya. Bagaimana nak jawab sekiranya anak-anak kecil yang baru membaca bertanya istilah yang ada dalam perbicaraan itu, yang tidak sesuai dengan usia mereka? Tentu akhbar-akhbar akan mensensasikan laporan kes ini untuk menjual akhbar mereka....... Jangan terlalu mensensasikan berita hingga terkeluar dari nilai susila timur....

Hon

Hari ini malas nak ulas isu semasa, rasanya nak cerita satu yang menarik pasai Sarawak. Saya berkesempatan dalam waktu yang singkat sempat ke Santubong, Samarahan, Serikin selain daripada Kuching. Selama beberapa hari di sana saya dapati bahawa kereta di sana tidak membunyikan hon kenderaan mereka. Saya ingatkan mungkin pada awalnya hanya mungkin perasaan saya sahaja, tetapi apabila dilihat beberapa kesesakkan dan suasana yang sesak dijalanraya, kenderaan tetap tidak membunyikan hon kenderaan mereka, tentu ini sesuatu yang menarik. Saya rasa ini satu yang cukup istimewa, mereka seolah-olah biasa sahaja dalam keadaan yang demikian. Bukan tiada kenderaan yang potong kiri, melanggar lampu isyarat tetapi hon seolah-olah tiada dalam kenderaan mereka. Bukan sekali tetapi banyak kali, saya rasa ini satu suasana yang unik di sana. Saya rasa pelik juga dengan keadaan berkenaan, kalau di Kuala Lumpur semasa menunggu lampu isyarat sudah tentu kita akan merasai riuh hon kenderaan. Seolah-olah masi...