Posts

Kena Tunggu Lagi

Nampaknya orang Kota Siputeh kena tunggu lagi. SPR berjaya mendapatkan perintah penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi. cerita penuh disin i. Keputusan mahkamah tentang Kota Siputeh penting kena ia akan menjadi rujukan pada masa hadapan. Jadi orang di sana kena sabar lah sikit. Walaubagaimanpun, kena bersiap dari sekarang kerana pilihanraya ini besar kemungkinan terjadi. Cuma masanya sahaja belum tahu. Parti politik sekarang kena semak nama calon yang sesuaiu untuk bertanding. Kena cari tempat untuk menempatkan kumpulan sokongan dari luar kawasan. Kerja pilihanraya sudah bermula di Kota Siputeh. Kita berharap semuanya akan mempamirkan semangat yang positif dalam pilihanraya ini.

Siputih

Orang sekitar DUN Kota Siputeh sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRK bila-bila masa. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan penangguhan pelaksanaan perintah bagi diadakan pilihan raya kecil di situ pada hari Jumaat ini, rasanya parti politik sudah boleh bergerak sekarang. Rakyat berharap satu pilihanraya diadakan kerana ia sebagai kayu pengukur penerimaan BN oleh rakyat seperti yang dilaung-laungkan. Jadi hotel di Kangar, Jitra, Alor Setar dan Changloon boleh perkemas kerana akan ramai yang akan singgah di sana nanti. Kita tunggu hari Jumaat sebelum buat ulasan selanjutnya.

LOGO

Image
Hari ini, penulis di Universiti Utara Malaysia, tempat belajar seketika dahulu. Penulis lihat logo UUM, nampak sudah berubah walaupun asas rajah masih sama. Logo ketika penulis di sini dahulu banyak bunga yang mengelilingi perisai UUM. Kini bunga yang mengelilingi perisai berkenaan sudah ditiadakan, nampak lebih menarik. Mungkin perubahan logo ini kerana, ketika penulis belajar, sekiranya dari Changloon ke UUM, banyak pokok yang melindungi jalan. Kini jalan ke UUM sudah besar dan banyak perumahan yang tumbuh. Jadi mungkin rasional perubahan logo ini kerana UUM tidak lagi dikelilingi hutan seperti dahulu. Ini hanya anggapan penulis sahaja. Dahulu dinamakan "sekolah", kini sudah dinamakan "kolej". Nanti penulis ingin pusing keliling UUM ingin melihat perubahan fizikalnya. Diharapkan perubahan fizikal ini akan merubah cara belajar dan akan melahirkan pemimpin yang ikhlas dalam menjalankan amanah sebagai penggerak negara masa depan. Pemimpin yang mempunyai nilai "...

Ajal

Semalam ada dua kejadian yang menyedihkan iaitu kematian berlaku di Perlis seperti dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Kejadian pertama, seorang pemuda mati ditembak polis kerana hendak mencederakan seorang yang meninggalkannya di Alor Setar. Beliau terpaksa berjalan kaki dari Alor Setar ke Arau. Tentu dalam kemarahan mengambil sesuatu tindakan yang tidak sepatutnya. Kita berharap polis dapat menyiasat kejadian itu, kenapa polis terpaksa menembak pemuda berkenaan? berita di sini . Kejadian kedua ialah seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun mati akibat terjatuh ke dalam sungai yang berarus deras. Beliau dijumpai 10 kilometer dari tempat kejadian. berita di sini . Pelajar berkenaan adalah bekas rakan sekelas anak penulis ketika belajar di Beseri dahulu. Bapanya juga penulis kenal. Jadi kita hadiahkan al-fatihah untuk keduanya semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ajal dan maut, rezeki dan bala semuanya adalah kehendak Allah dan manusia tidak dapat menahannya.

Piala Dunia

Image
Republic of Ireland - France Portugal - Bosnia Herzegovina Greece - Ukraine Russia - Slovenia Nama-nama negara di atas adalah negara-negara di Benua Eropah yang akan berlawan sesama mereka pada 14 dan 18 November ini dalam perlawanan play-off untuk mewakili benua berkenaaan dalam Piala Dunia tahun hadapan. Negara manakah yang akan ke Afrika Selatan? Tunggu minggu depan. Portugal dan France adalah negara besar dalam bola sepak, tetapi belum tentu lagi kerana masih ada 180 minit untuk menentukan pemenang. Kesemua penyokong pasukan berkenaan tentu akan turun memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing. New Zealand - Bahrain Belum ditentukan tarikh perlawanan tetapi perlawanan pertama di Bahrain telah berkesudahan seri 0-0 Costa Rica - Uruguay Satu wakil juga akan ditentukan pada 14 dan 18 November nanti. Wakil Arfika juga akan ditentukan dalam minggu ini. Jadi penyokong negara berkenaan pasti menanti untuk membeli tiket bagi perlawanan tahun hadapan. Selamat maju jaya untuk semua....

Positif

Image
Seminar Memperkasakan Parti yang dianjurkan oleh PAS di Taman Melewar, dua hari lalutelah dikomen oleh berbagai pihak. Saya yang tidak berkesempatan ke seminar berkenaan mendapati beberapa sahabat yang pergi memberikan komen positif terhadap seminar berkenaan. Keperluan PAS kini ialah melaksanakan resolusi yang telah diputuskan dalam seminar tersebut. Kita berharap PAS akan mengambil inisiatif mendekatkan diri dengan masyarakat dan meningkatkan populariti di dalam masyarakat. Semua jentera dan organisasi parti mesti dimaklumkan dan difahamkan dengan resolusi yang telah diambil dalam seminar berkenaan. Biar semua buat kerja untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang dapat diterima oleh semua.

Hanya Pendapat Aku

Esok, para pemimpin PAS akan berhimpun di Taman Melewar untuk berseminar bagi memantapkan perjuangannya. Seluruh kepimpinan Pas dijangka akan berhimpun di sana. Cuma saya merasakan bahawa sepatutnya program berkenaan disertai oleh kepimpinan Pas. Kenapa Pas memanggil "orang luar" (walaupun dikatakan pakar) untuk membincangkan permasalahan parti. Saya sekadar menyatakan bahawa Pas tidak perlu untuk memanggil pihak lain untuk menentukan hala tuju parti. Ini hanya pandangan saya kerana Pas dalam menghadapi perbagai masalah sebelum ini telah berjalan menentukan caranya sendiri. Mengapa perlu panggil pihak lain? Kita tidak menentang pandangan dari luar, untuk memantapkan jamaah. Tetapi penglibatan terus dalam seminar ini dibimbangi akan memberikan kesan lain kepada ahli yang hadir. Mungkin para perwakilan akan "menyerang" atau menyokong pandangan berkenaan. Ini akan menyebabkan parti akan berpecah dari segi pandangan untuk memantapkan parti. Walaubagaimanapun, diharapkan...